Skip to main content

Hiburan

Grand Prix SG kembali dengan festival muzik, pertandingan e-sukan dan banyak lagi

Grand Prix Singapura F1 kembali dengan edisi penuh debaran dari 3 hingga 5 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Grand Prix SG kembali dengan festival muzik, pertandingan e-sukan dan banyak lagi

Para pengunjung di edisi terdahulu festival muzik Jam Off. (Gambar: Artyzen Hospitality Group)

SINGAPURA: Grand Prix Singapura F1 kembali dengan edisi penuh debaran dari 3 hingga 5 Oktober.

Selain perlumbaan, para peminat juga boleh menantikan persembahan bintang-bintang ternama seperti G-Dragon, Lewis Capaldi dan Foo Fighters.

Keseronokan turut melangkaui litar perlumbaan dengan kembalinya 'Grand Prix Season Singapore' (GPSS) yang menampilkan festival muzik, 'pop-up' fesyen, acara kecergasan, pertandingan e-sukan dan banyak lagi.

Berlangsung dari 26 September hingga 5 Oktober, GPSS tahun ini akan melengkapi Grand Prix dengan 16 rakan kongsi baharu termasuk New Bahru; Love, Bonito dan Adidas.

Berikut merupakan empat acara utama GPSS 2025:

1. JAM OFF 2025
Festival muzik ini kembali bagi tempoh dua hari di Universal Studios Singapore pada 27 dan 28 September.

Para peminat boleh menyaksikan persembahan daripada ikon Asia seperti Rain, Ekin Cheng dan Hins Cheung.

Antara aktiviti sampingan yang boleh dinikmati termasuk pameran
'supercar', pertandingan bakat, gerai makanan bertema perlumbaan dan 'pop-up' fesyen selebriti.

2. GROOVEDRIVER FESTIVAL
Bertempat di daerah Marina Central, 'GrooveDriver Festival' menampilkan barisan muzik yang pelbagai, termasuk penampilan sulung penyanyi Britain Henry Moodie dan Gemini dari Korea Selatan di Suntec City.

Turut menyertai mereka ialah penyanyi Singapura Regina Song dan WhyLucas serta Yuju dari kumpulan GFriend.

Di South Beach Tower pula, segmen baharu Electronic Night akan mengetengahkan barisan DJ wanita, termasuk Licaxxx dari Jepun yang bakal membuat penampilan sulungnya di Singapura.
Related article image
Simulator perlumbaan pada edisi terdahulu Hit The Apex. (Gambar: Clarke Quay)
3. HIT THE APEX

Berlangsung di Clarke Quay, acara ini menampilkan pelbagai program dari 26 September hingga 5 Oktober, termasuk festival muzik percuma Music Matters Live, pemasangan seni cahaya dan cabaran e-perlumbaan.
Related article image
Para pengunjung boleh menikmati tawaran kecergasan dan gaya hidup di Performa. (Gambar: Invade)
4. PERFORMA: GALERI RUNCIT PREMIUM PERTAMA SG

Berlangsung di Plaza Singapura, acara ini menampilkan pelbagai aktiviti gaya hidup dan kecergasan, termasuk bengkel kitar semula untuk menghasilkan aksesori bertema perlumbaan daripada plastik terpakai, selain sesi senaman yang boleh disertai pengunjung.

Bagi senarai penuh aktiviti dan acara di bawah GPSS 2025, sila layari laman ini.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita