Grand Prix F1 SG 2026: The Killers, Lana Del Rey antara barisan artis bakal buat persembahan
Lana Del Rey dan The Killers menyertai barisan artis yang akan membuat persembahan sempena Grand Prix Formula One Singapura. (Gambar: Instagram/Lana Del Rey, The Killers)
The Killers akan kembali membuat persembahan di Pentas Padang selepas kali terakhir beraksi di Grand Prix Singapura pada 2018. Kugiran itu dijadual membuat persembahan pada 10 Oktober selepas sesi kelayakan F1.
Lana Del Rey pula bakal membuat penampilan sulung di Grand Prix F1 Singapura serta mengadakan konsert penuh pertamanya di Singapura. Beliau akan membuat persembahan di Pentas Padang di Zon 4 pada 11 Oktober.
Kedua-dua artis itu menyertai senarai persembahan yang diumumkan sebelum ini, termasuk penyanyi Singapura JJ Lin, Janet Jackson, James Arthur, Goo Goo Dolls, Split Enz, Zara Larsson, Mark Ronson, DJ Snake, Hyo - persona DJ anggota Girls' Generation, Hyoyeon - serta kumpulan K-pop yang sedang meningkat popular, Cortis.
JJ Lin dan Cortis akan membuat persembahan pada 9 Oktober di Pentas Padang, diikuti Zara Larsson dan The Killers pada 10 Oktober, manakala Lana Del Rey dan James Arthur akan beraksi pada 11 Oktober.
Di Pentas Wharf pula, Split Enz akan membuat persembahan pada 9 Oktober, Goo Goo Dolls pada 10 Oktober, dan Janet Jackson pada 11 Oktober. Hyo pula akan menghiburkan peminat di Pentas Waterside pada 10 Oktober.
Grand Prix Formula One Singapura akan berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober di sekitar Marina Bay.
Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi Grand Prix Singapura pada harga bermula S$198, dengan beberapa kategori tiket sudahpun habis dijual.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.