Skip to main content

Hiburan

Grand Prix F1 SG 2026: Janet Jackson, JJ Lin & Cortis antara artis bakal buat persembahan

Anggaran Waktu Membaca:
 Grand Prix F1 SG 2026: Janet Jackson, JJ Lin & Cortis antara artis bakal buat persembahan

Janet Jackson. (Gambar: Richard Shotwell/Invision/AP, File)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 25 Jun 2026 02:02PM Dikemas Kini : 25 Jun 2026 02:05PM
SINGAPURA: Pihak penganjur mengumumkan senarai artis muzik seterusnya yang bakal menghiburkan para pengunjung Grand Prix Singapura tahun ini, dan ia kelihatan sangat menarik.

Ikon muzik antarabangsa, Janet Jackson, bakal menggegarkan Pentas Wharf pada Ahad, 11 Oktober. Sebelum ini, artis yang diumumkan untuk Pentas Wharf termasuk kumpulan Goo Goo Dolls yang akan membuat persembahan pada 10 Oktober, dan Split Enz pada 9 Oktober.

Turut diumumkan pada Khamis (25 Jun) ialah barisan artis yang akan memeriahkan Pentas Padang.

Pada malam pertama, ikon muzik Singapura, JJ Lin, dan kumpulan K-pop yang sedang meningkat naik, Cortis, akan menghiburkan para peminat.

Penyanyi kelahiran Sweden, Zara Larsson, akan mengambil alih pentas pada 10 Oktober.

Akhir sekali, penyanyi kelahiran England, James Arthur, akan membuat persembahan pada 11 Oktober.

Sementara itu di Pentas Waterside, Hyo - iaitu nama pentas DJ bagi anggota kumpulan Girls' Generation, Hyoyeon - bakal beraksi pada 10 Oktober.

Menurut pihak penganjur, "lebih banyak artis akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang bagi melengkapkan senarai penuh hiburan".

Tiket untuk Grand Prix Singapura 2026 kini sudah mula dijual, dengan harga bermula daripada S$198.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita