Grand Prix F1 SG 2025: Foo Fighters, CL antara barisan artis bakal buat persembahan
Anggaran Waktu Membaca:

Foo Fighters dan CL dari kumpulan 2NE1. (Gambar: AP/Leo Correa, Instagram/chaelincl)
SINGAPURA: Zaman 'kegemilangan' 90-an kini kembali bagi Grand Prix Singapura tahun ini.
Pada pagi Rabu (14 Mei), penganjur Grand Prix Singapura Formula 1 Singapore Airlines 2025 mengumumkan barisan seterusnya pemuzik yang akan membuat persembahan di acara tersebut.
Ini termasuk kugiran rok ikonik Foo Fighters dan Smashing Pumpkins, serta bintang K-pop CL.
Artis-artis tersebut akan menyertai Elton John dan G-Dragon yang telah diumumkan sebelum ini bagi acara tiga hari serba meriah ini.
CL dan Foo Fighters masing-masing akan menggegarkan Pentas Padang Zon 4 pada 3 dan 4 Oktober, manakala Smashing Pumpkins akan memeriahkan suasana di Pentas Wharf Zon 1 pada 5 Oktober.
Senarai artis lain yang diumumkan pada Rabu termasuk DJ Alan Walker, penyanyi Indonesia Putri Ariani dan kumpulan Jepun Babymetal.
Masa khusus bagi persembahan-persembahan itu akan diumumkan kelak.
Walaupun barisan artis sudahpun cukup hebat, pihak penganjur telah menyatakan bahawa "lebih banyak persembahan akan diumumkan dalam masa beberapa minggu akan datang".
Lantaran itu, kita boleh menjangkakan beberapa kejutan tidak lama lagi.
Grand Prix Singapura Formula 1 Singapore Airlines 2025 akan berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober.
Tiket-tiket kini boleh dibeli melalui laman ini, dengan slot terhad disediakan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.