Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Golden Screen Cinemas akan ambil tindakan terhadap adik Neelofa

Anggaran Waktu Membaca:
Golden Screen Cinemas akan ambil tindakan terhadap adik Neelofa

Gambar: Instagram @littlemisskhan

Diterbitkan : 06 Jan 2022 05:14PM Dikemas Kini : 06 Jan 2022 05:15PM

KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang bertindak merakam dan menyiarkan sedutan filem yang ditayangkan di pawagam mereka.

Ia sebagai respons terhadap tindakan Little Miss Khan yang merakamkan beberapa babak dalam filem House of Gucci di Instagram Story peribadinya ketika menonton filem berkenaan baru-baru ini, lapor Astro AWANI.

"Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang isu ini secara serius dan sudah melaporkan insiden ini kepada pemilik hak cipta untuk tindakan lanjut, terima kasih kerana melaporkan perkara ini.

Pemilik hak cipta, United International Pictures (UIP) juga sedia maklum akan insiden ini dan "akan mengambil tindakan selanjutnya’’.

Awal dari itu, seorang pengguna Twitter, Aysha Ridzuan mempersoalkan tindakan adik Neelofa yang memuat naik beberapa keeping gambar daripada laman Instagram, Little Miss Khan yang merekodkan sedutan filem itu seperti dinukil Astro AWANI.

House of Gucci arahan Ridley Scott dibintangi pemenang Anugerah Akademi, Lady Gaga, Adam Driver, Jared Leto dan Salma Hayek. Ia akan ditayangkan secara serentak di seluruh negara bermula 13 Januari.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan