Skip to main content

Hiburan

Godzilla muncul di Marina Bay sempena ulang tahun ke-70 filem pertamanya ditayangkan

Anggaran Waktu Membaca:
Godzilla muncul di Marina Bay sempena ulang tahun ke-70 filem pertamanya ditayangkan

Godzilla muncul di Marina Bay. (Gambar: Youtube/Godzilla official by Toho)

Diterbitkan : 11 May 2025 11:17AM Dikemas Kini : 11 May 2025 11:23AM
SINGAPURA: Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 sejak filem pertama Godzilla ditayangkan pada Oktober 1954.

Sempena sambutan ulang tahun tersebut, syarikat hiburan Jepun, Toho, pemilik jenama Godzilla, mengeluarkan video penghormatan untuk para peminat Godzilla di Asia Tenggara pada Sabtu (10 Mei).

Dalam video selama 55 saat itu, Godzilla boleh dilihat muncul dari perairan Marina Bay, dengan pemandangan berlatarbelakangkan mercu tanda ikonik seperti Marina Bay Sands, Taman di Pesisiran dan Singapore Flyer.
Godzilla juga boleh dilihat di bahagian lain Asia Tenggara termasuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan berhampiran sawah padi di Bali.

“Buat pertama kali di merata Asia Tenggara, raksasa legenda itu muncul sebagai penghormatan yang kuat kepada para peminat yang telah mengekalkan warisannya,” kongsi Toho, dalam video tersebut.

Syarikat itu menambah, "Video khas ini memberi penghormatan kepada Asia Tenggara, meraikan tujuh dekad perjalanan Godzilla melalui mercu tanda ikonik di rantau ini."

Dicipta selepas Perang Dunia II, Godzilla adalah peringatan simbolik tentang kuasa pemusnah senjata nuklear dan ancaman yang ditimbulkannya kepada manusia dan alam sekitar.

Godzilla bagaimanapun bukan watak pertama cereka Jepun yang muncul di Marina Bay.

Ultraman dilihat bertarung dengan gergasi seperti Godzilla di Taman di Pesisiran pada November 2021, dalam filem pelancongan yang diterbitkan oleh studio kesan khas Jepun, Tsuburaya Productions.

Godzilla ialah hak cipta intelektual Toho yang paling terkenal di dunia. Syarikat hiburan Jepun itu membuka anak syarikat, Toho Entertainment, di Singapura pada November 2024. Toho Entertainment akan berfungsi sebagai pangkalan untuk syarikat itu berkembang ke rantau Asia yang lebih luas.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita