Gegar Vaganza 5: Biar hilang suara, namun Zamani tetap 'legenda'
Penyanyi Zamani Slam gagal menyampaikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" dendangan asal Flybaits akibat kesihatannya, pada konsert kelima Gegar Vaganza 5 pada Ahad (28 Okt).
Zamani. (Gambar: zamanislam_official)
SHAH ALAM: Penyanyi Zamani Slam gagal menyampaikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" dendangan asal Flybaits akibat kesihatannya, pada konsert kelima Gegar Vaganza 5 pada Ahad (28 Okt).
Menurut hos rancangan tersebut, Jihan Muse, Zamani sebenarnya dalam keadaan tidak sihat dan kehilangan suaranya, lapor Astro Awani.
Oleh kerana beliau tidak mampu bernyanyi, Zamani dilihat menangis dan tunduk memandang lantai apabila gagal mengeluarkan suara sementara band iringan sudah mula memainkan muzik.
Sebaliknya, juri Khadijah Ibrahim dan AC Mizal serta para penonton membantunya menyanyikan lagu tersebut.
Malah, Khatijah dan AC memuji keberanian Zamani dan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang legenda yang mampu menghiburkan biarpun tidak mengeluarkan suaranya.
Ramli MS pula cuba memberi bantuan dengan meminta band mengolah susunan muzik, namun Zamani hanya mampu menyampaikan baris pertama lagu itu.
Astro Awani melaporkan bahawa akibat kegagalannya menyampaikan lagu tersebut semalam (28 Okt), Zamani diumumkan tersingkir.
Bagaimanapun, penaja rancangan tersebut, Encik Aliff Syukri menggunakan imunitinya untuk menyelamatkan penyanyi tersebut yang menurut juri tetap GV5, Ramli MS, mengalami sakit tekak, lapor Astro Awani lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.