Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gara-gara tukar maklumat kad pengenalan, Sajat dikehendaki polis M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara tukar maklumat kad pengenalan, Sajat dikehendaki polis M'sia

(Gambar: @nursajatkamaruzaman/Instagram)

KUALA LUMPUR: Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, atau lebih dikenali sebagai 'Sajat',  dikehendaki pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini (8 Feb), Muhammad Sajjad yang merupakan saksi dalam perbicaraan kes tipu itu di Mahkamah Ampang Jaya, perlu hadir pada perbicaraan berkenaan pada 22 Februari ini.

"Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mastura Abdul Basher di talian 018-2053955," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada Jun tahun lalu, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan