Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gara-gara ditarik kerusi semasa lakukan 'prank', pelakon cilik M'sia kini tidak boleh berjalan

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara ditarik kerusi semasa lakukan 'prank', pelakon cilik M'sia kini tidak boleh berjalan

(Gambar: Instagram/Puteri Rafasya)

KUALA LUMPUR: Ramai pasti masih ingat semasa belajar dulu, kerusi ditarik, gara-gara sebagai gurauan.

Nak tak nak, badan pasti jatuh ke bawah. Bimbangnya kalau nasib tak menyebelahi boleh beri kecederaan dan tak kurang pula dah tentu rasa sakit.

Menurut media Malaysia, ini yang berlaku pada pelakon cilik, Puteri Rafasya, 12 tahun, yang tular di media sosial.

Gara-gara kerusi ditarik ketika dia sedang duduk, Puteri terjatuh dan badannya menghempap kaki besi tripod.

Kejadian berlaku semasa pelakon cilik itu berada di set penggambaran drama 'Jaga Aku Selamanya'.

Kata ibunya, Fatin Aliza Salmi, 33 tahun, kemalangan itu berlaku ketika Puteri dan pelakon lain sedang membuat sesi latihan sebelum seorang kanak-kanak (ahli keluarga pelakon lain) menarik kerusi yang diduduki Puteri. Akibatnya, tubuh Puteri menghempap kaki kerusi tripod.

Baru-baru ini keluarga Puteri memberi perkembangan keadaan remaja itu dengan berkata dia mengalami masalah saraf kesan daripada perbuatan itu.

Perkongsian daripada Cik Fatin memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.

“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.

“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.

“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.

“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.

Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Cik Fatin berkata, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.

“Kalau diikutkan laporan perubatan dikeluarkan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini.

“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit.

Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini.

“Bagaimanapun, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Cik Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.

“Sekiranya perkara ini masih berlanjutan dan pihak terbabit juga terus dengan keputusan berdiam diri, saya rasa mungkin perlu lancarkan tabung bantuan.

“Ia bertujuan untuk menampung kos perubatan Puteri,” katanya.

Puteri kini tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggul retak.
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan