Skip to main content

Hiburan

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Twitter/ aimanhxzm

Diterbitkan : 12 Apr 2022 12:17PM

BERITAmediacorp: Apakah perasaan anda jika sebuah kereta mewah berhenti di sebelah anda di stesen minyak dan pemandunya ialah Lewis Hamilton? Ya, juara dunia F1!

"Tidak pernah dalam hidup saya terbayang dapat melihat Sir Lewis Hamilton, juara dunia F1 7 kali, di stesen minyak Petronas di Ampang!", kata @aimanhxzm yang berkongsi gambar jaguh F1 tersebut.

"Lewis Hamilton di Malaysia? Saya nak menangis!"

Demikian beberapa reaksi netizen di Malaysia apabila mendapati pemandu F1 Mercedes itu benar-benar berada di negara tersebut selepas Grand Prix Australia.

Lewis Hamilton dan teman sepasukannya George Russell berada di Kuala Lumpur bagi Program Petronas Welcome Home dan akan berangkat hari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita