Gabungan Slam, Exists memukau, bangkit nostalgia peminat di KL
Anggaran Waktu Membaca:
Konsert Slam dan Exists yang penuh bertenaga di Mega Star Arena pada 26 Julai, 2025. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Gabungan dua kugiran legenda Malaysia, Slam dan Exists, ternyata membangkitkan nostalgia peminat dalam Konsert Slam X Exists: Our Journey yang berlangsung penuh bertenaga di Mega Star Arena pada Sabtu lalu (26 Jul).
Lebih 5,000 peminat menyaksikan detik bersejarah apabila kedua-dua kugiran itu bersatu di pentas yang sama buat kali pertama, menjadikan malam tersebut seumpama kapsul waktu yang membuka semula memori cinta, zaman persekolahan dan kenangan remaja yang sukar diulang.
Tanpa gimik berlebihan, konsert dibuka dengan lagu Jesnita dan Kembali Merindu yang dinyanyikan secara duet oleh Zamani serta Ezad Lazim, membuat seluruh dewan bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh.
Sebaik segmen pembukaan selesai, Exists yang turut dianggotai oleh Along (gitar), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (dram) mengambil alih pentas serta memikat penonton dengan rangkaian lagu popular mereka, antaranya Seperti Dulu, Anugerah 2, Masih Terserlah Ayumu serta Mama Tolonglah Percaya.
Namun, ketika lagu Percayakan Siti dialunkan, penonton seperti “disihir” apabila turut bangkit menyanyi dan menari bersama-sama Ezad.
Ezad yang mewakili rakan-rakannya turut menzahirkan penghargaan kepada beberapa nama penting yang membentuk kerjaya kugiran itu termasuk komposer Boon Tan, Saari Amri dan bekas orang kuat syarikat rakaman BMG Music, Aziz Bakar.
“Saya sangat berbangga dapat menyanyi di hadapan insan-insan hebat ini. Oleh kerana jasa mereka, Exists kekal relevan dalam industri. Kami juga bertuah dapat mendendangkan lagu ciptaan mereka,” katanya.
Selesai persembahan Exists, kugiran Slam pula mengambil tempat dengan lagu-lagu ikonik mereka antaranya Nur Kasih, Kurnia, Suratan, Gerimis Mengundang dan Manisnya Rindu yang membawa penonton hanyut ke era emas balada Melayu.
Apa yang lebih istimewa, setiap bait lirik yang disampaikan Zamani dinyanyikan bersama-sama peminat (sing along), membuktikan karya-karya kugiran itu tidak pernah ditelan zaman.
Keadaan bertukar sayu apabila vokalis Slam itu melantun lagu Untukmu Ibu dengan penuh perasaan yang membuatkan jiwa penonton terusik sehingga mata berkaca gara-gara menahan sebak.
Lebih meruntun jiwa semasa Zamani menitipkan doa buat bekas pengurus mereka iaitu Johan Aziz yang kini sedang bertarung dengan penyakit barah.
"Kami mahu berikan penghargaan kepada seorang insan ini yang bertungkus lumus dalam mengangkat Slam ke tahap ini iaitu Johan Aziz. Sama-sama kita doakan beliau sembuh seperti biasa," katanya mewakili kugiran Slam yang turut dianggotai Shah (gitar), Eddie (keyboard), Lili (bass) dan Man (dram).
Dari satu segmen ke satu segmen, penghargaan harus diberikan kepada visual LED di atas pentas yang berjaya menghidupkan mood konsert serta mencipta suasana dramatik dan penuh emosi.
Hampir tiga jam berlangsung, kedua-dua kugiran bersatu semula membawakan lagu Kembali Terjalin dan Alasanmu versi 2025, sebelum menamatkan persembahan dengan tepukan dan sorakan tanpa henti daripada peminat.
“Kalau rasa tak cukup, datanglah konsert kami di Singapura nanti,” usik Ezad sebelum meninggalkan pentas konsert anjuran SS Karya Venture dan Republic Mokhmah Records itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.