G-Dragon, Elton John bakal buat persembahan di F1 Grand Prix SG 2025 pada Okt

G-Dragon dan Elton John diumum bakal membuat persembahan di Formula 1 Singapore Airlines Grand Prix Singapura 2025. (Gambar: Singapore GP Pte Ltd)
G-Dragon,yang merupakan ketua kumpulan BigBang, akan mengadakan persembahan pada 3 Oktober di Pentas Padang dalam Zon 4.
Elton John pula akan mengadakan persembahan di tempat yang sama pada 5 Oktober selepas perlumbaan F1 berakhir.
Kali terakhir penyanyi itu membuat persembahan di Singapura adalah pada 2015.
Dalam kenyataan media pada Khamis (20 Feb), pihak penganjur mengatakan nama artis-artis lain yang akan membuat persembahan semasa F1 tahun ini akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang.
"Kami amat teruja dengan barisan artis dan aturan acara tahun ini. Persembahan lain akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang," kata Adam Firth, pengarah eksekutif Singapore GP Pte. Ltd.
Grand Prix Singapura Formula 1 Singapore Airlines akan berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober. Tiket sudah mula dijual, dengan harga tiket untuk masuk satu hari bermula pada S$148.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.