Fuad Rahman, Tom selamat bergelar suami isteri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar-gambar: Facebook/King Tom)
BATAM: Pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom selamat bernikah di Batam pada Ahad (26 Feb).
Demikian menurut pengurus Tom iaitu Alan kepada mStar, dengan memaklumkan mereka memilih disatukan sebagai suami isteri di Batam bagi "memudahkan urusan pernikahan".
"Memang rancang nak nikah awal...kalau buat di Kuala Lumpur, banyak urusan perlu diselesaikan seperti kursus kahwin dan sebagainya.
"Dalam masa yang sama, ia juga melibatkan bekas isteri Fuad. Jadi untuk mudah, mereka bernikah di Batam.
"Tom dan Fuad akan daftar perkahwinan mereka sejurus mereka pulang ke Kuala Lumpur nanti," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram berkongsi gambar beliau memakai inai di jari sambil memegang sebentuk cincin.
Tom juga memaklumkan akan mengadakan majlis kenduri selepas Aidilfitri nanti.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.