Skip to main content

Hiburan

Fuad Rahman, Tom bakal nikah sebelum Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman, 43 tahun, mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Tom, 36, sebelum Ramadan ini.

Menurut laporan agensi berita BH Online, Fuad yang juga bekas peserta musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9) berkata, dia merancang mengadakan majlis pernikahan iaitu perkara yang wajib, terlebih dahulu.

"Perancangan untuk majlis pernikahan ini dapat restu keluarga kedua belah pihak. Kami mahu mengadakan majlis pernikahan terlebih dulu. Majlis resepsi pula mungkin dibuat selepas Aidilfitri nanti," katanya, dipetik daripada BH Online.

Bercerita mengenai perkembangan kerjayanya, Fuad berkata, beliau terbabit dengan pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati - Fauziah Ahmad Daud yang dipentaskan di Gateway Theatre, Singapura pada Sabtu (11 Feb).
 
Pada persembahan itu, Fuad menyampaikan dua lagu popular iaitu Azura dan Sandarkan Pada Kenangan.

Tom yang juga peserta GV9 turut hadir memberi sokongan.

Sementara itu, hubungan akrab Fuad dan Tom bukan lagi rahsia kerana sudah menjadi bualan ramai sejak mereka sama-sama menyertai program GV9.

Sebelum ini, Fuad pernah berkahwin dua kali dan Tom pula tiga kali. Mereka juga sudah mempunyai anak-anak yang sudah mencecah usia belasan tahun.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita