Fuad Rahman 'profesional' dengan usikan hos GV9; syukur terima tunjuk ajar Ramli M.S.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Fuad Rahman 2k22/Facebook)
KUALA LUMPUR: Sering diusik pengacara Gegar Vaganza 9, Elly Mazlein ketika di atas pentas, penyanyi asal Singapura Fuad Rahman berkongsi dirinya bersikap profesional, malah "selesa" dengan usikan tersebut.
Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdul Rahman, 43 tahun, memahami bahawa Elly, atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina, sekadar menjalankan tugasnya sebagai hos rancangan itu, menurut laman Gempak.
"Saya selesa, profesional. Dia pun profesional. Inilah dunia hiburan. Bila dia jadi begitu, saya faham.
"Antara saya dan dia, ada 'content' yang buatkan orang tertunggu-tunggu. Orang nak tengok saya layan Kak Lina ke tak.
"Kami jumpa beberapa kali, dia pun cakap Fuad jangan marah tau. Saya faham ini kerja dia. Itu memang karakter dia, inilah hiburan. Tapi ada netizen yang tak tahu," katanya kepada Gempak.
Sehubungan itu, Fuad yang berjaya memecah masuk ke kedudukan tiga teratas buat pertama kalinya semalam (16 Okt), meluahkan rasa syukur meraih kritikan membina daripada juri GV9, Ramli M.S. atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram, sebelum ini.
"Minggu ini, saya dah tak kaku lagi, saya tunjuk, lepaskan. Baguslah kalau tak, macam begitu sahaja.
"Apa yang dia cakap dalam pertandingan ini, saya dengar. Dia marah ke, saya terima sebab itu benda yang betul.
"Untuk saya sendiri, saya tak berkecil hati. Ini memang pasal kerja, netizen kadang-kadang tak tahu. Bila saya senyum itu, tandanya saya yakin," tambahnya lagi kepada Gempak.
Juara GV9 bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 (S$30,270).
Naib juara pula akan meraih RM50,000 (S$15,130), tempat ketiga merangkul RM30,000 (S$9,080) serta tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing mendapat RM20,000 (S$6,050), RM15,000 (S$4,540) dan RM10,000 (S$3,030).

Sumber : Sumber Web/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.