Freddie Mercury 'jelma' di M'sia
Di tengah-tengah sambutan hangat filem Bohemian Rhapsody yang sedang ditayangkan sekarang ini, kalau anda peminat kugiran Queen yang satu ketika dahulu sangat popular, pasti lelaki ini membuat anda teringat kepada vokalis kumpulan 'rock kapak' tersebut.
MALAYSIA: Di tengah-tengah sambutan hangat filem Bohemian Rhapsody yang sedang ditayangkan sekarang ini, kalau anda peminat kugiran Queen yang satu ketika dahulu sangat popular, pasti lelaki ini membuat anda teringat kepada vokalis kumpulan 'rock kapak' tersebut. Rambutnya pendek dan disisip ke belakang. Misainya pula tebal seperti Freddie Mercury atau nama sebenarnya Farrokh Bulsara.
Jelas, ramai masih ingat akan legenda tersebut kerana gambar lelaki di kedai 'mamak' ini dengan cepat sekali menjadi tular. Menurut mStar, gambar itu pada awalnya dimuat naik seorang pengguna Twitter, Wen Harn Loo.
"Kerana wajahnya seperti Freddie Mercury..." tulis beliau.
Namun selepas, pengacara Nazrudin Rahman mengongsi gambar tersebut di laman Twitternya, ia mengundang reaksi ramai. Apatah lagi, dalam gambar yang dikongsi, ada bait lagu Bohemian Rhapsody yang diolah menjadi "Mamak... Just killed a lamb".
Laman itu turut melaporkan para pengguna Twitter yang tidak putus-putus 'menggubah' lagu popular itu dengan kata-kata berkaitan 'mamak di kedai'.
Antara yang ditukil mStar termasuk: "Kari on, kari on", "As if Naan really matters..." dan "To lateee, my Dhal has come...".
Freddie Mercury meninggal dunia pada tahun 1991. Mendiang berasal dari sebuah pulau di Lautan Hindi dan kemudian berpindah ke England. Dalam sekelip mata, Freddie Mercury ‘hidup kembali’, tetapi kali ini di kedai Mamak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.