Fizz Fairuz saran PU Syed tonton 'Mat Tudung Begins' sebelum keluarkan komen
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram fizzfairuzofficial)
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed telah bertindak menegur filem terbaru arahan pelakon dan pengarah, Fizz Fairuz, yang berjudul Mat Tudung Begins.
Menurut laporan Media Hiburan, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berpendapat tindakan beberapa pelakon lelaki yang mengenakan pakaian menyerupai wanita seperti yang terpampang pada poster filem berkenaan sememangnya salah di sisi agama.
Malah, dia juga menyifatkan para pengarah di Malaysia ini seakan ketandusan idea sehingga terpaksa menghasilkan filem-filem yang melanggar syariat.
Tidak berdiam diri, Fizz tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut menerusi satu rakaman di ruangan Instagram Stories.
Jelas Fizz dalam laporan Media Hiburan, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem tersebut, sebaliknya menonton terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.
Beliau berkata: “Terima kasih Syed, tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita."
“Itu kan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar,” tambahnya lagi.
Selepas lapan tahun, filem komedi yang popular pada 2014, Mat Tudung yang menyaksikan Fizz melakonkan dua watak berbeza jantina, diterbitkan semula dengan versi baru, lapor Media Hiburan.
Diberi judul Mat Tudung Begins, kali ini Fizz bukan sekadar berlakon, malah bertindak sebagai penerbit dan pengarah filem yang dianggarkan membabitkan kos RM800,000 itu.
Selain Fizz yang membawakan watak utama, filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Achey Bocey, Isyariana, Maryam Duriankimci dan pempengaruh terkenal Indonesia, Mimi Peri.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.