Filem terbaharu The Mummy "The Mummy: Book of the Dead", bakal ditayangkan Oktober 2027
Filem terbaharu francais The Mummy diberi judul rasmi "The Mummy: Book of the Dead" dan dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 15 Oktober 2027. Studio filem Universal Pictures mengumumkan bahawa dua pelakon utama filem asal, Brendan Fraser dan Rachel Weisz, akan kembali membawa watak Rick dan Evelyn "Evie" O'Connell.
Brendan Fraser dan Rachel Weisz dalam filem The Mummy Returns. (Gambar: Universal/Keith Hamshere)
- Universal Pictures announced The Mummy: Book of the Dead, a continuation of the franchise scheduled to arrive in cinemas on Oct 15, 2027.
- Brendan Fraser and Rachel Weisz return as Rick and Evelyn, alongside John Hannah, Michael Johnston, Numan Acar, Kevin J. O’Connor and Oded Fehr.
- Matt Bettinelli-Olpin and Tyler Gillett are directing a script by David Coggeshall, which is said to blend adventure, horror and entertainment while retaining the series’ emotional depth and characterisation.
- The new film follows the success of the two previous films, which centred on Rick and Evelyn’s adventures, beginning with their search for the ancient city of Hamunaptra in Egypt; the latest storyline remains under wraps.
- Universal Pictures mengumumkan The Mummy: Book of the Dead, kesinambungan francais yang dijadualkan tiba di pawagam pada 15 Oktober 2027.
- Brendan Fraser dan Rachel Weisz kembali sebagai Rick dan Evelyn, bersama John Hannah, Michael Johnston, Numan Acar, Kevin J. O’Connor serta Oded Fehr.
- Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett mengarahkan skrip David Coggeshall, yang dikatakan memadukan pengembaraan, seram dan hiburan sambil mengekalkan emosi serta perwatakan siri ini.
- Filem baharu menyusuli kejayaan dua filem terdahulu, yang berkisarkan pengembaraan Rick dan Evelyn bermula dengan pencarian kota purba Hamunaptra di Mesir; jalan cerita terbaharu masih dirahsiakan.
Studio filem Universal Pictures mengumumkan bahawa dua pelakon utama filem asal, Brendan Fraser dan Rachel Weisz, akan kembali membawa watak Rick dan Evelyn "Evie" O'Connell.
Mereka turut disertai John Hannah, Michael Johnston, Numan Acar, Kevin J. O'Connor dan Oded Fehr.
Filem itu akan diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett, duo pengarah yang dikenali sebagai Radio Silence, berdasarkan skrip tulisan David Coggeshall.
SAMBUNGAN KISAH PENGEMBARAAN RICK DAN EVELYN
Filem pertama The Mummy, yang ditayangkan pada 1999, mengisahkan pengembara Amerika, Rick O'Connell, yang bekerjasama dengan pustakawan Evelyn Carnahan dan abangnya, Jonathan, untuk mencari kota purba Hamunaptra di Mesir.
Namun, pengembaraan mereka bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila mereka secara tidak sengaja membangkitkan Imhotep, seorang pendeta agung yang terkena sumpahan, sekali gus mencetuskan pelbagai kejadian ghaib.
Filem tersebut meraih kutipan AS$415.9 juta (S$533.3 juta) di seluruh dunia, berbanding kos penerbitan AS$80 juta (S$102.6 juta).
Sekuelnya, The Mummy Returns, yang ditayangkan pada 2001, mencatatkan kutipan lebih tinggi, iaitu AS$436.5 juta (S$559.7 juta), dengan kos penerbitan AS$98 juta (S$125.7 juta).
PENGARAH BAYANGKAN GABUNGAN PENGEMBARAAN DAN UNSUR SERAM
Walaupun jalan cerita filem baharu itu masih dirahsiakan, ia digambarkan sebagai kesinambungan kisah daripada filem-filem terdahulu.
"Saya rasa Brendan dan Rachel tidak akan menyertainya jika mereka tidak menyukai skrip tersebut. Berdasarkan apa yang mereka baca, saya rasa mereka benar-benar menyukainya," kata beliau kepada Entertainment Weekly.
Beliau turut menyifatkan penghasilan filem itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Sementara itu, Encik Gillett memberitahu majalah Empire bahawa skrip karya Encik Coggeshall menggabungkan unsur visual yang memukau, seram dan hiburan.
Menurutnya, selepas mengarahkan filem Scream, beliau hanya mahu terlibat dalam sebuah lagi francais sekiranya projek itu benar-benar istimewa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.