Filem Talbis Iblis kutip lebih RM1 juta dalam 5 hari
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: infinitusfilmsmy/Instagram)
KUALA LUMPUR: Selepas lima hari ditayangkan, filem seram Talbis Iblis mencatatkan kutipan memberangsangkan apabila meraih lebih RM1 juta (S$300,000).
Perkembangan itu dikongsi penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai, ketika dihubungi Utusan Malaysia. Beliau berpuas hati kerana sambutan diberikan memberi petanda baik untuk filem tersebut mencatat kutipan membanggakan.
“Selama 20 tahun berkecimpung dalam pembikinan filem, saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran kutipan bagi setiap produksi yang diterbitkan."
“Keutamaan kami hanyalah pada penerimaan penonton agar mereka terhibur dengan setiap filem yang dihasilkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Talbis Iblis, arahan pengarah tersohor Kabir Bhatia, mula ditayangkan pada 20 Oktober lalu dan menampilkan barisan pelakon handal seperti Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Sherry Merlis dan ramai lagi.
Gayatri turut memaklumkan pihaknya berhasrat untuk menayangkan filem tersebut di luar negara, termasuk sebuah festival antarabangsa yang bakal berlangsung di Perancis tidak lama lagi.
“Belum ada kata kata putus tentang festival berkenaan, namun apa yang saya boleh katakan, semuanya ada dalam perancangan."
“Tentang tayangan di negara lain, perkara itu masih dibincangkan buat masa ini. Rakan pengedar, Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Jazzy Pictures (M) Sdn. Bhd. juga telah mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu, namun saya belum dimaklumkan tentang negara yang terlibat,” jelasnya lanjut.
Dalam pada itu, Gayatri memberitahu mereka menghormati keputusan pemerintah Brunei yang mengharamkan filem tersebut daripada ditayangkan di negara itu.

Beliau berkata itu bukan perkara baru kerana pernah berdepan situasi sama terhadap filem terbitannya sebelum ini.
“Kami tidak terkejut dengan keputusan pihak berkuasa Brunei, malah kami hormati pendirian mereka dan tidak akan mempersoalkan perkara itu,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.