Filem susulan "F1" Brad Pitt sah dalam pembikinan
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Penerbit terkenal Hollywood, Jerry Bruckheimer, mengesahkan bahawa susulan kepada filem blockbuster "F1" lakonan Brad Pitt kini secara rasmi dalam pembikinan.
Pengesahan itu dibuat ketika Encik Bruckheimer ditemui BBC di majlis makan tengah hari calon Oscars di Los Angeles.
Menurut beliau, pihaknya sedang mengusahakan filem susulan, tetapi tidak mendedahkan garis masa penerbitan atau mengesahkan sama ada Brad Pitt akan kembali memegang watak Sonny Hayes.
Pitt bagaimanapun dijangka terlibat dalam pemilihan pelakon.
Filem asal F1, diarahkan Joseph Kosinski dan diterbitkan bersama juara dunia Formula 1 tujuh kali Lewis Hamilton, sekali gus mencatat fenomena global selepas meraih AS$630 juta (S$794.56 juta), menjadikannya tayangan paling berjaya Apple Original Films serta menerima empat pencalonan Oscar, termasuk Filem Terbaik.
Desas-desus mengenai filem susulan itu sudah lama timbul sejak tayangan filem pertama pada 2025, tetapi ia hanya disahkan minggu ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif CEO Formula 1 Stefano Domenicali meminta peminat untuk 'nantikannya' semasa acara Apple TV.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi atau butiran plot didedahkan, tetapi Encik Bruckheimer mengakui kejayaan luar biasa filem pertama mendorong pihaknya untuk membawa francais itu ke peringkat seterusnya.

Sumber : Agensi berita/LL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.