Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem susulan 'Doctor Strange' raih kutipan pecah panggung AS$185 juta

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Filem susulan "Doctor Strange and the Multiverse of Madness" meraih kutipan pecah panggung sehingga AS$185 juta (S$257 juta) pada hujung minggu pertama di pawagam Amerika Syarikat dan Kanada. 

Kutipan ini menandakan prospek positif tayangan filem musim panas.

Menurut Walt Disney, filem adi wira itu mencatat kutipan melebihi dua kali ganda pembukaan "Doctor Strange" yang pertama, iaitu AS$85 juta (S$118 juta) pada 2016.

Ia juga merupakan angka pembukaan terbesar tahun ini. 

Filem "Doctor Strange" ini  mendahului "The Batman" AS$134 juta (S$186 juta) dan "Spider-Man: Far from Home" AS$260.1 juta (S$361 juta). 

Di peringkat antarabangsa pula, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan anggaran kutipan AS$265 juta (S$368 juta) sejak dibuka pada Rabu (4 Mei). 

Secara keseluruhannya, "Doctor Strange 2" sudah pun mengutip sebanyak AS$450 juta (S$625 juta), menurut Astro AWANI. 

"The Bad Guys" terbitan Universal dan Dreamworks Animation jatuh ke tempat kedua dengan anggaran kutipan AS$9.8 juta (S$13.6 juta), manakala "Sonic the Hedgehog 2," dari Paramount di tempat ketiga dengan AS$6.2 juta (S$8.6 juta). 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan