Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem Pengabdi Setan 2 Communion lebih bermutu, lebih seram

Anggaran Waktu Membaca:
Filem Pengabdi Setan 2 Communion lebih bermutu, lebih seram

(Gambar: Cinema 21/YouTube)

Diterbitkan : 10 Aug 2022 07:45AM Dikemas Kini : 10 Aug 2022 07:46AM

KUALA LUMPUR: Filem Pengabdi Setan 2 Communion dijangka mendapat sambutan penggemar filem seram di rantau ini kerana berjaya menampilkan mutu yang lebih memuaskan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Zahidi Zainul Abidin berkata mutu lakonan filem berkenaan juga amat memuaskan.

"Pelakon filem telah memberikan prestasi yang menjadikan filem lebih menyeramkan, dan itu adalah sesuatu yang amat membanggakan," katanya kepada wartawan selepas majlis Tayangan Perdana filem tersebut di Kuala Lumpur pada Selasa malam (9 Ogos). 

Dalam pada itu, beliau memberikan markah penilaian tujuh daripada 10 untuk keseluruhan filem berkenaan.

Pengabdi Setan 2 Communion akan mula ditayangkan pada Khamis (11 Ogos) menampilkan barisan pelakon seperti Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz dan Bront Palarae.

Ia merupakan sekuel filem berjudul Pengabdi Setan yang ditayangkan pada 2017.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa