Filem pendek pertama NTU antara 3 filem S'pura tercalon dalam Pesta Filem Cannes
Buat julung-julung kalinya, filem pendek para mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) terpilih sebagai salah satu daripada 17 calon bagi anugerah Cinéfondation di Pesta Filem Cannes ke-72.
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, filem pendek para mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) terpilih sebagai salah satu daripada 17 calon bagi anugerah Cinéfondation di Pesta Filem Cannes ke-72.
Filem Projek Tahun Akhir sekumpulan mahasiswa bertajuk 'Adam' mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki dari keluarga pincang.
Tema utamanya berkisar pada isu kekeluargaan dan cabaran dalam sebuah masyarakat berbilang kaum.
Shoki Lin, 25 tahun, dan pasukannya mengambil masa setahun untuk menghasilkan filem 19 minit itu.
'ADAM' dipilih daripada 2,000 penyertaan sekolah-sekolah merata dunia. Ia akan ditayangkan pada 23 Mei.
Dua lagi filem Singapura juga bakal bertanding di Cannes - 'The Women' dan 'Piece Of Meat'.
Ditulis oleh pengarah Eric Khoo, 'Piece Of Meat' adalah satu di antara 10 filem pendek yang bakal bersaing untuk merebut anugerah ILLY bernilai €2,500 (S$3,800).
Festival Filem Cannes 2019 berlangsung dari 14 hingga 25 Mei di barat Perancis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.