Filem 'P. Ramlee - Jeritan Batinku' akan ditayangkan pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Filem biopik 'P. Ramlee - Jeritan Batinku' dijangka siap dan bakal ditayangkan pada 2025.
Ia merupakan hasil kerjasama syarikat Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura) dan Inkhouse Pictures Sdn Bhd (Malaysia).
Pengarah Urusan dua syarikat itu, Khairul Anwar Salleh berkongsi dengan wartawan Nur Arina Ahmad Anis bahawa kini merupakan masa yang tepat untuk menghasilkan filem tersebut bagi mengabadikan perjalanan legenda hiburan Melayu itu.
Beliau berkata, "Untuk menerbitkan filem P Ramlee akan menelan kos yang tinggi dan Alhamdulillah, pada dua tahun selepas COVID kita melihat yang pasaran filem di pawagam semakin rancak dan telah mencecah angka yang luar biasa dan kita mencari sebuah projek filem yang mampu mempertahankan keberhasilan ataupun pencapaian yang sama seperti Mat kilau, Polis Evo 3 misalnya. Kami merasakan dan yakin filem P. Ramlee ini dapat menunaikan jangkaan daripada masyarakat awam."
Menerusi filem itu, beliau juga berharap bahawa ia akan memberi motivasi kepada masyarakat, terutamanya golongan muda agar memiliki semangat kental serta wawasan untuk berjaya.
"Sejarah P. Ramlee ini pelbagai. Daripada seorang anak muda berumur 19 tahun meninggalkan Pulau Pinang untuk ke Singapura. Jadi kita melihat kesungguhan manusia bernama P. Ramlee ini dan dia punya kecekalan hati yang ingin menjadi seseorang. Itu sifat anak muda yang kita ingin ketengahkan kepada anak muda hari ini, yang mana pada tahun hujung 50an, ada seorang anak muda bernama P. Ramlee ini yang cekal dan tekun bekerja hingga dia berjaya," ujar Encik Khairul.
Filem tersebut dijangka akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.
PENGGAMBARAN DIJADUAL BERMULA PERTENGAHAN 2024
Encik Khairul juga berkongsi penggambaran filem itu akan bermula pada pertengahan tahun depan.

Sesi uji bakat pula akan dilakukan Februari akan datang.
Untuk watak P. Ramlee sendiri, pengarah dan penulis skrip filem ini, Adlin Aman Ramlie berkongsi antara ciri-ciri dalam pelakon yang dicari.
"Dia bukan hanya perlu menjadi seorang pelakon yang baik tapi pelakon yang baik dalam teater saya cukup 'versatile', seperti P. Ramlee, boleh menyanyi, berlakon, cukup matang dan mempunyai pesona wajah, gerak tubuh. Itu mesti ada tapi selain itu, dia mesti ada kesenimanan dalam jiwa dan otaknya. Ini kerana untuk menjiwai watak sebagai P Ramlee bukan mudah kerana untuk mencapai tahap emosi, penjiwaan atau kepercayaan sebagai P. Ramlee, itu adalah sangat 'masterclass'. Tak bermaksud saya mengharapkan ada pelakon yang siap datang menjadi P. Ramlee sebab kita cakap biografi ini, kita cakap tentang dua atau tiga P. Ramlee dalam era berbeza, dari barisan pelakon yang berlainan," kongsi Encik Adlin.
Beliau juga berkata bahawa pihaknya terbuka untuk menerima pelakon dari mana sahaja untuk memegang watak P. Ramlee - tidak kira sama ada warga Malaysia ataupun rakyat Singapura mahupun Brunei.
Menurutnya, perincian tentang sesi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Dengan barisan pelakon yang tepat juga, Encik Adlin berharap dapat memaparkan semula kegemilangan filem Melayu pada era P. Ramlee.
"Cabarannya bagaimana kita nak mengangkat mana naratif yang paling baik dan paling memberi kesan. Bukan sahaja kesan emosi terhadap P. Ramlee tetapi kesan pemahaman kita untuk mengetahui nilai dan kelebihan yang ada pada era itu. Saya bercakap tentang zaman kegemilangan filem Melayu pada ketika itu – kolaborasi yang tidak ada bersepadankan kenegaraan. Singapura dan Malaysia adalah satu rumpun yang kerja secara majmuk dalam pelbagai aspek.
"Saya cuba nak merakamkan semangat itu dalam suasana pembikinan filem pada ketika itu, saya mahu mengangkat semangat itu supaya masyarakat kita sekarang sama ada generasi saya atau awak, menyedari bahawa ada kekuatan dan manfaat yang tersembunyi dalam filem P. Ramlee itu sendiri. Itu pada saya sangat mahal dan sukar," kata Encik Adlin.
Filem itu juga disokong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Malaysia (FINAS).
"Bagi pihak FINAS, kami amat menyokong usaha menerbitkan dana membangunkan filem-filem biopik, terutama sekali filem kenegeraan kerana ini merupakan satu projek yang melibatkan ikon seni iaitu melibatkan Allahyarham P. Ramlee dan juga kita tahu bahawa ikon seperti P Ramlee ini memang dikenali bukan saja di Singapura dan Malaysia dan juga di diaspora Melayu amnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Azmir Saifuddin Mutalib.
Selain menyusuri kerjaya seniman itu, filem itu juga dijangka akan mengembalikan nostalgia dan warna-warni era 1960-an.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.