Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem Marvel terbaru 'Shang-Chi' pecah panggung Korea Selatan

Filem adiwira terbaru Marvel Studios, "Shang-chi and the Legend of the Ten Rings", menduduki box-office pawagam Korea Selatan sepanjang hujung minggu lalu, menurut perangkaan dilaporkan agensi berita Yonhap pada Isnin (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Filem Marvel terbaru 'Shang-Chi' pecah panggung Korea Selatan

(Gambar: Jasin Boland/Marvel Studios via AP)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 10:59AM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 11:04AM

SEOUL: Filem adiwira terbaru Marvel Studios, "Shang-chi and the Legend of the Ten Rings", menduduki box-office pawagam Korea Selatan sepanjang hujung minggu lalu, menurut perangkaan dilaporkan agensi berita Yonhap pada Isnin (6 Sep).

Ditayangkan pada Rabu, filem pertama Marvel dengan seorang berketurunan Asia sebagai pemegang watak utamanya, menarik 534,000 penonton semasa tayangan perdana hujung minggu Jumaat-Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan penonton kepada 754,000, menurut perangkaan Majlis Filem Korea.

Filem itu berkisar pada Shang-chi, watak dijayakan oleh Simu Liu, yang perlu menghadapi masa lampau beliau ketika ditarik ke dalam jaringan organisasi Ten Rings yang diselubungi misteri.

Aksi 'thriller' Korea "Hostage: Missing Celebrity" menduduki tangga kedua dengan 135,000 penonton dalam tempoh tiga hari, mencatat 1.39 juta penonton filem keseluruhannya.

Filem aksi "Escape from Mogadishu" menduduki tempat ketiga dengan 103,000, dan komedi bencana "Sinkhole" menduduki tempat keempat dengan 66,000 penonton.

Sumber : Bernama/Agensi/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan