Filem Imaginur berjaya kutip RM3 juta dalam masa dua minggu
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Filem Malaysia bergenre Sci-Fi Romantik Imaginur berjaya memukau penonton di pawagam.
Filem yang diarah Nik Amir Mustapha yang dikeluarkan pada 23 Februari itu berjaya mengutip RM3 juta (S$900,000) dalam tempoh dua minggu sejak ia disiarkan di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Pengarah Nik Amir, 36 tahun, terharu apabila pihak pawagam beri sokongan hebat dan menambah lagi slot tayangan filem Imaginur selepas mendapat sambutan serta penerimaan luar biasa daripada penonton.
Beliau berkata filem tersebut memang bertujuan untuk menambat hati penonton dan sambutan diraih setakat ini membuktikan karya sebegitu makin diterima masyarakat tempatan dan juga di Singapura.
"Pada awalnya jumlah panggung secara purata tak meluas macam filem 'blockbuster' lain. Tapi lepas penerimaan meningkat, pihak panggung sangat-sangat menyokong dan memberikan kami masa tayangan yang sangat memberangsangkan.
"Alhamdulillah. Kami sangat bersyukur dengan penerimaan penonton yang sudah menonton. Setakat ini pencapaian ini sangat bermakna bagi kami sebab filem seperti Imaginur bukan sebuah filem yang senang diterima masyarakat.
"Tapi kami memang percaya bahawa pada zaman sekarang ini, orang dah boleh mula terima karya seperti ini. Jadi kami berharap nanti akan lebih banyak filem dengan semangat seperti Imaginur yang dapat diterbitkan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Nik Amir berkata, Imaginur juga turut mendapat tayangan di negara jiran yang mana baginya sokongan dari luar umpama bonus buat mereka.
"Kami sedang tayang di empat lokasi di Singapura dan satu di Brunei. Untuk negara luar pula, Imaginur cuma setakat ini hanya ada tayangan perdana di New York Asian Film Festival tahun lalu sahaja," kata Encik Nik Amnya seperti dipetik oleh Harian Metro.
Filem Imaginur ditayangkan di pawagam Cathay Cineplexes Singapura di Causeway Point, Downtown East dan JEM.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.