Filem dokumentari kongsi pahit getir perjalanan seni Ratu Pop Indonesia Rossa
Ramai yang mengenali kecil-molek Rossa sebagai Ratu Pop Indonesia.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ramai yang mengenali kecil-molek Rossa sebagai Ratu Pop Indonesia.
Di sebalik kejayaannya, terdapat perjalanan seni dan kehidupan peribadi yang penuh cabaran.
Semua itu dikupas dalam filem biografi "All Access To Rossa: 25 Shining Years", yang kini ditayangkan di beberapa pawagam di Singapura.
Filem tersebut diterbitkan oleh Time International Films dengan Rossa sendiri bertindak sebagai penerbit eksekutif.
DI SEBALIK WAJAH CERIA SEBAGAI PENGHIBUR
"Orang mungkin berfikir bahawa saya selalu bahagia, ya, sama seperti di skrin tv atau media. Tetapi sebetulnya saya juga manusia biasa. Ada rasa penat, ada rasa kecewa, adakala merasa tidak mampu. Itu yang tidak pernah didedahkan atau pun tidak pernah saya ceritakan dalam media. Kerana saya merasa bahawa saya adalah seorang penghibur.
"Jadi kalau saya menceritakan hal-hal yang menyedihkan, nanti orang lain bukan terhibur, malah ikut sedih! Kewajipan saya adalah menghiburkan orang ramai," dedah Rossa kepada wartawan Roslinda Rahmat, sewaktu mempromosikan filem dokumentari itu.

DOKUMENTARI TERLARIS DI INDONESIA KINI DITAYANGKAN SERENTAK DI TIGA NEGARA
Filem biografi selama 90 minit itu menceritakan perjalanan Rossa dalam industri muzik selama 25 tahun.
Ia memaparkan sisi kehidupannya yang belum pernah didedahkan sebelum ini, termasuk kisah-kisah di sebalik lagu-lagu popular yang dibawakan.
Filem All Access diterbitkan tanpa skrip dan berdasarkan wawancara dengan individu terdekat, termasuk rakan artis seperti Afgan, anaknya Rizky, serta bekas suaminya, pemain dram kumpulan Padi, Yoyo.

"Mereka yang diwawancara itu juga bebas mengatakan apa sahaja. Kalau untuk saya sendiri, hanya ada beberapa kamera yang mengikuti saya selama dua bulan," jelas Ratu Pop Indonesia itu.
Maka intinya hanya membentangkan "Hal yang betul-betul bermakna dan boleh dijadikan pengajaran. Tidak ada gosip mahupun gimik. Bukan khabar-khabar angin. Misalnya kejadian-kejadian dalam hidup saya ataupun kisah di sebalik lagu-lagu saya," kata beliau.
Filem itu mencatat rekod sebagai dokumentari terlaris bagi penyanyi solo di Indonesia dan mula ditayangkan serentak pada 18 Oktober di lebih 100 pawagam di Malaysia, Singapura, dan Brunei.
"Pastinya saya senang sekali! Bahagia, kerana bukan semua orang dapat kesempatan memiliki filem dokumentari, bukan? Dan filem ini di Indonesia sudah ditayangkan sepanjang bulan Ogos dan mendapat sambutan hebat, yang positif dari para pengkritik dan mendapat pujian-pujian serta nilai yang tinggi. Ranking empat daripada lima, dan lima daripada lima, begitu! Semua orang suka! Alhamdulillah," kongsi Rossa dengan senyum lebar.
PENGALAMAN SEBENAR DIABADIKAN DALAM LAGU
Rossa, yang terkenal dengan lagu-lagu balada, mengakui bahawa kebanyakan karya muziknya adalah refleksi daripada pengalaman hidupnya sendiri.
"Bagi kebanyakan lagu, ideanya selalu datang dari saya.Saya ingin lirik yang seperti ini, dan bercerita tentang ini. Kemudian saya mencari komposer dan penyusun muzik yang tepat sehingga lagu itu terhasil," dedah Rossa.
Sebagai contoh, lagu ikoniknya, "Hati yang Kau Sakiti", sebenarnya adalah cerminan kisah peribadinya.

ossa berkongsi, "Video klipnya menunjukkan saya sebagai penyanyi, di mana ketika menghadapi wartawan, saya akan tersenyum. Tetapi begitu saya membalikkan badan, saya menjadi diri sendiri. Itu ada di dalam video klip sebenarnya. Cuma kadang-kadang orang tidak perasan. Tetapi lagu itu memang mengabadikan kehidupan saya saat itu."
FILEM BERSIFAT JUJUR, TANPA DITAPIS, TANPA GIMIK ATAU GOSIP
Rossa turut meyakinkan peminatnya bahawa filem dokumentari All Access Rossa: 25 Shining Years bersifat jujur dan terbuka.
"Saya tidak berusaha untuk menapis apa-apa. Apa pun yang patut diceritakan, saya ceritakan," kata Rossa.
Dalam filem itu, Rossa juga membincangkan hal-hal peribadi, termasuk perceraiannya.
"Misalnya ada hal-hal yang selama ini saya pendam, seperti perceraian saya. Dan banyak lagi. Jadi ya, memang eksklusif di sini. Juga ada anak saya dalam filem itu, bercerita tentang kehidupannya sehari-hari, peranan ibunya. Bekas suami saya juga terlibat, memberikan cerita tentang bagaimana kehidupan setelah perceraian," jelasnya.

Rossa berharap agar filem itu memberikan inspirasi dan pelajaran kepada mereka yang menghadapi cabaran serupa dalam hidup.
"Lebih banyak kepada apa yang boleh dipetik sebagai pelajaran. Ya, mungkin, pelajaran untuk mereka di luar sana yang sama mengalami nasib seperti kita," tambah Rossa.
SESI TEMU PEMINAT DAN TAYANGAN FILEM ROSSA LARIS TERJUAL
Acara Temu Peminat Rossa dan tayangan filem All Access Rossa: 25 Shining Years di pawagam Cathay, JEM, semalam (Sabtu, 19 Okt) mendapat sambutan hangat.
Lebih 40 anggota kelab peminatnya, Pecinta Rossa Singapura, turut memeriahkan suasana.
Seorang peminat, Badron Hazlie, 26 tahun, berkongsi,
"Apa yang saya cari dengan menonton biografi Rossa ini adalah kekuatan daripada Pemerkasaan Wanita, sepanjang Rossa daripada kerjaya sampai beliau berada di tahap yang terkini. Saya ingin tahu bagaimana saat beliau hampir jatuh dan tinggalkan industri muzik, sehingga beliau menjadi Ratu Pop Indonesia, sekitar tahun 2015. Jadi Rossa adalah salah satu idola yang amat baik untuk kita ikut contoh, sebab beliau tidak mudah rapuh, beliau tampil bersemangat dan hingga kini tidak pernah putus asa."
Badron, yang mula meminati Rossa sejak usia 10 tahun, juga tertarik dengan personaliti mesra penyanyi itu.
“Beliau ramah dan menghargai setiap peminatnya,” tambahnya.
Nur Hafidzah Hamzah, seorang lagi peminat, berkata, "Saya mahu melihat secara lebih dekat lagi, karier Rossa sebagai seorang artis dan juga bagaimana dia melalui cabaran di dalam karier seninya. Juga dari segi kehidupan peribadi, seperti teman-teman seperjuangannya dan juga famili, yang kita jarang lihat di media."
TARIKAN FILEM 'ALL ACCESS' KEPADA BUKAN-PEMINAT ROSSA
Apakah tarikan filem All Access kepada mereka yang bukan peminat Rossa?
Penyanyi itu yakin filemnya tetap mampu menarik minat ramai.
"Kalaupun orang tidak mengenali saya, saya rasa mereka akan menikmati filem ini. Ada banyak elemen hiburan seperti tayangan konsert yang glamor, di mana penonton boleh turut serta menyanyi dan berkaraoke," katanya.
Rossa, yang sentiasa berinovasi, berharap filemnya memberi impak positif kepada industri muzik dan perfileman Indonesia.
“Yang penting adalah bagaimana saya menjalani kerjaya selama 25 tahun. Saya berharap filem ini boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang inginkan karier yang panjang,” katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.