Filem Bollywood kembali hidupkan pawagam selepas lebih setahun
Para bintang Bollywood bakal menghidupkan kembali pawagam-pawagam di India selepas lebih setahun, dengan industri perfileman berharap kes COVID-19 yang semakin merosot dan musim perayaan akan menarik para penonton.

Para bintang filem "Sooryavanshi". (Gambar: Twitter)
MUMBAI: Para bintang Bollywood bakal menghidupkan kembali pawagam-pawagam di India selepas lebih setahun, dengan industri perfileman berharap kes COVID-19 yang semakin merosot dan musim perayaan akan menarik para penonton.
"Sooryavanshi", iaitu sebuah drama polis yang memaparkan empat pelakon terkemuka India, adalah filem unggul Bollywood yang pertama yang akan ditayangkan di pawagam sejak Mac 2020, apabila sekatan ketat pergerakan memaksa kesemua lokasi ditutup.
Hampir tiada filem Bollywood yang diterbitkan sejak itu, dengan ramai penerbit memilih untuk menerbitkan filem-filem mereka di platform-platform penstriman seperti Prime Video Amazon, Netflix dan Disney.
"Sukar untuk menunggu tayangan di pawagam dibenarkan tetapi kita tetap yakin para penonton akan kembali ke pawagam," kata Encik Shibasish Sarkar, CEO kumpulan Reliance Entertainment kepada Reuters.
"Ada beberapa filem yang anda memang tidak boleh tonton di rumah."
"Sooryavanshi" misalnya, sebuah drama Bollywood penuh aksi, dengan adegan tarian bersemarak dan wira bertubuh sasa menundukkan si penjahat, dikeluarkan hari ini, sehari selepas sambutan perayaan Diwali, yang biasanya merupakan hari penjualan paling laris.
Filem itu sepatutnya dikeluarkan pada Mac 2020, namun tarikh tayangannya ditangguh tiga kali sedang India bergelut dengan gelombang kes koronavirus dan pihak berkuasa melaksanakan sekatan pergerakan di beberapa kawasan, termasuk menutup pawagam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.