Filem biopik Sudirman bakal ditayangkan jelang 2028
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Usaha mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia ke pentas antarabangsa bakal direalisasikan menerusi penerbitan filem biopik mengenai penghibur legenda Allahyarham Sudirman Haji Arshad menjelang 2028.
Anak saudara Allahyarham, Razman Azrai Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Atai, berkata filem itu bukan sekadar tentang kisah Sudirman, tetapi mengenai era kegemilangan muzik tempatan pada 1980-an yang pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Kita mahu generasi hari ini mengenali semula budaya, perpaduan dan semangat rakyat Malaysia pada waktu itu," katanya kepada wartawan selepas Majlis Penghargaan Legasi Sudirman Arshad, di Kuala Lumpur, pada Jumaat malam (20 Jun).
Atai berkata idea penerbitan biopik itu tercetus lima tahun lalu dan kini memasuki fasa pembangunan awal dengan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), khususnya dalam aspek pembangunan skrip.
Menurut beliau, beberapa pengarah berpotensi telah dikenal pasti dan pihak penerbitan kini giat mencari kerjasama strategik dan dana, selain akan mengadakan sesi uji bakat untuk mencari pelakon yang mampu membawa watak penghibur serba boleh itu.
Dalam perkembangan sama, Atai yang mewakili waris Allahyarham Sudirman, menerima bayaran royalti berjumlah lebih RM360,000 (S$112,628.70) daripada EMI Music Malaysia, antara label di bawah naungan Universal Music Malaysia.
Beliau berkata bayaran tersebut meliputi karya-karya Allahyarham sejak era 1970-an berdasarkan perjanjian dan hak cipta yang dimeterai ketika itu.
Menurut Atai urusan tuntutan dan pengesahan royalti itu mengambil masa kira-kira dua tahun kerana melibatkan proses audit akaun serta perbincangan terperinci antara waris, peguam keluarga dan syarikat rakaman bagi memastikan pelantikan pentadbir yang sah.
"Sebelum ini, urusan royalti agak sukar kerana tiada mekanisme pentadbiran yang diwujudkan sejurus selepas pemergian Allahyarham.
“Selepas urusan tanggungjawab kewangan lama diselesaikan oleh adik-beradik beliau, kami menubuhkan Sudirman Asset Management pada 2015 bagi memudah cara dan menyelaras segala urusan berkaitan legasi Allahyarham, termasuk permohonan penggunaan imej, karya dan hak harta intelek beliau," katanya.
Atai berkata inisiatif itu turut membolehkan pengurusan hak cipta dan royalti Allahyarham dilaksanakan secara lebih tersusun, sekali gus memudahkan pihak luar yang ingin mendapatkan kebenaran berkaitan penggunaan karya dan identiti Sudirman pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata proses pengauditan akaun dan penyelarasan penyata royalti berkenaan mengambil masa hampir dua tahun berikutan kekaburan beberapa kontrak lama Allahyarham ketika di bawah label EMI Music Malaysia.
"Penyerahan royalti ini bukan sekadar memenuhi tanggungjawab syarikat kepada waris, malah merupakan satu bentuk penghargaan terhadap sumbangan besar Allahyarham Sudirman yang telah membentuk landskap muzik tanah air," katanya.
Cik Kim berkata susulan tamatnya kontrak lama tersebut, perjanjian baharu telah ditandatangani dengan keluarga Sudirman yang merangkumi aspek pendigitalan, pemulihan audio, penerbitan semula karya ikonik termasuk piring hitam serta pembayaran royalti digital secara menyeluruh.
Menurut beliau, Universal Music Malaysia kini merancang pelbagai inisiatif komersial termasuk kempen digital menerusi platform penstriman utama serta barangan cenderamata baharu bagi memperkenalkan semula katalog lagu Sudirman kepada generasi muda.
Sebagai sebahagian daripada usaha itu, Universal Music Malaysia dan Sudi Production bekerjasama mengadakan program "Bintang Uni-verse Pencarian Sudirman 2.0" di lima universiti awam terpilih, untuk mengenal pasti bakat baharu dalam bidang nyanyian dan lakonan bagi menyokong penerbitan filem biopik tersebut.
"Kami bukan mahu mencari replika atau menggantikan Sudirman kerana beliau tidak boleh diganti. Kami mahu mencari bakat muda yang mendapat inspirasi daripada seni beliau untuk membawakan karya itu dalam pendekatan yang lebih segar dan relevan," katanya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.