Filem Batgirl dibatalkan, tidak dikeluarkan di mana-mana platform
Anggaran Waktu Membaca:

Filem Batgirl dibintangi Leslie Grace dibatalkan. (Gambar: DC Films)
HOLLYWOOD: Filem Batgirl yang dibintangi Leslie Grace tidak akan ditayangkan sama sekali.
Beberapa laporan pada Selasa (2 Ogos) mengesahkan bahawa filem itu dibatalkan di Warner Bros dan tidak akan ditayangkan di panggung wayang atau di mana-mana platform penstriman, meskipun ia sudah berada dalam fasa penyuntingan pascapenerbitan.
The New York Post melaporkan tentang pembatalan itu, menukil sumber tidak didedahkan namanya, yang berkata bahawa filem itu menunjukkan prestasi yang kurang baik semasa ujian tayangan awal, menyebabkan Warner Bros mengambil langkah tersebut untuk mengurangkan kerugiannya.
Menurut The Hollywood Reporter pula, filem tersebut menggunakan dana melebihi jumlah yang sudah diperuntukkan disebabkan pandemik.
Filem ini diluluskan pada 2021 sebagai sebahagian daripada beberapa filem yang dibuat khususnya bagi platform penstriman HBO Max. Namun, Warner Bros Discovery mengubah keutamaan syarikat kepada ciri-ciri teater, menyebabkan Batgirl tanpa platform yang betul".
Filem itu menampilkan nama-nama besar seperti Michael Keaton dan Brendan Fraser dan diarahkan oleh para pengarah Marvel, Adil El Arbi dan Bilall Fallah.
Keaton sepatutnya kembali memainkan wataknya sebagai Batman, diiringi Fraser yang memainkan watak penjahat Firefly, JK Simmons juga membintangi filem itu sebagai Commissioner Gordon, yang merupakan bapa watak Batgirl, yang dilakonkan Grace.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.