Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem baru Teenage Mutant Ninja Turtles akan dibintangi Jackie Chan, John Cena, Rose Byrne dan Seth Rogen

Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Filem terbaru 'Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem' yang diterbitkan oleh Seth Rogen akan dibintangi pelakon filem terkenal seperti Jackie Chan, Rose Byrne dan John Cena.

Seth Rogen, yang juga seorang pelakon berusia 40 tahun, akan melakukan alih suara bagi watak babi hutan mutan, Bebop.

Pada Sabtu (4 Mac), beliau memperkenalkan pelakon-pelakon utama filem tersebut di Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon, serta barisan bintang filem yang lain.

Micah Abbey akan melakukan alih suara bagi watak Donatello, Shamon Brown Jr sebagai Michaelangelo, Nicolas Cantu sebagai Leonardo dan Brady Noon sebagai Raphael.

Jackie Chan pula akan memainkan suara bagi watak Splinter, mentor kepada 'Ninja Turtle'.

Manakala Rose Byrne akan memainkan watak Letherhead dan John Cena sebagai rakan Bebop, Rocksteady.

Selain itu, Hannibal Buress akan melakonkan watak Genghis Frog, Ice Cube sebagai Superfly, Natasia Demetriou sebagai Wingnut, Ayo Edebiri sebagai April O’Neil, Giancarlo Esposito sebagai Baxter Stockman.

Bintang-bintang lebih terkenal seperti pelakon Marvel Paul Rudd akan melakonkan watak Mondo Gecko, pelawak Maya Rudolph sebagai Cynthia Utrom dan penyanyi hip hop Post Malone sebagai Ray Fillet.

"Kami sangat teruja dengan barisan bintang-bintang bertaraf dunia yang kami kumpulkan untuk melakonkan watak ikonik dan dicintai ini dalam lembaran baru dunia Teenage Mutant Ninja Turtle," kata Presiden Paramount Animation, Ramsey Naito.

"Ia menetapkan tahap yang baru buat francais terkenal di dunia ini, dan kami tidak sabar untuk menunjukkan filem ini kepada para penonton," tambahnya.

Filem tersebut akan ditayangkan pada 4 Ogos.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan