Filem 'Barbie' diharamkan di Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:

Margot Robbie sebagai Barbie (Gambar: Facebook/Warner Bros Pictures)
HANOI: Vietnam mengharamkan filem terbitan Warner Bros, Barbie, daripada diedarkan untuk tayangan domestik akibat adegan yang menunjukkan sebuah peta di mana kawasan Laut China Selatan ditandakan sebagai wilayah China pada Isnin (3 Jul).
Garisan putus berbentuk 'U' yang digunakan dalam peta China itu menunjukkan penguasaan negara itu di Laut China Selatan, termasuk kawasan yang didakwa milik Vietnam, di mana ia memberikan konsesi minyak.
'Barbie' merupakan antara filem terbaru yang diharamkan di Vietnam kerana memaparkan sembilan garis putus kontroversi China.
Pada 2016, mahkamah antarabangsa di The Hague menolak tuntutan China bagi pemilikan zon berkenaan, namun Beijing enggan mengiktiraf keputusan itu.
Antara tayangan filem yang turut disekat oleh kementerian Vietnam termasuk filem animasi DreamWorks berjudul 'Abominable' pada tahun 2019 dan filem aksi Sony berjudul 'Unchartered' tahun lalu atas sebab yang sama. Syarikat Netflix juga membatalkan tayangan drama Australia 'Pine Gap' pada 2021.
Barbie yang dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling, sepatutnya dijadual untuk ditayangkan di Vietnam pada 21 Julai.
Vi Kien Thanh, Ketua Jabatan Pawagam, iaitu badan kementerian yang bertanggungjawab atas pelesenan dan penapisan filem-filem asing berkata: “Kami tidak memberi lesen untuk filem Amerika Syarikat, Barbie, ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi imej yang boleh menyinggung sebilangan pihak berhubung zon berkenaan."
Vietnam dan China sudah lama mempunyai pertikaian tuntutan wilayah yang bertindih ke atas kawasan berpotensi kaya tenaga di Laut China Selatan.
Negara Asia Tenggara itu juga sudah berkali-kali mendakwa kapal-kapal China menceroboh kedaulatannya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.