Filem Babah tembus pasaran SG, Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Filem Babah yang mengangkat nilai kekeluargaan membabitkan hubungan antara bapa dan anak perempuan meraih kutipan hampir RM6 juta (S$1.8 juta) sejak ditayangkan di pawagam pada 5 Disember lalu.
Penerbit yang juga penyumbang idea asal filem Babah, Nadia Mohd Nadzri, berkata beliau tidak menyangka naskhah berkenaan mendapat tempat di hati penonton biarpun syarikat produksi, Nads Media Entertainment masih baharu dalam industri.
"Tayangan sudah masuk minggu keempat di 99 pawagam. Saya tak jangka boleh dapat kutipan box office sebab ini bukan filem berat, kami buat filem santai sahaja. Untuk filem ini, kami peroleh Dana Kandungan Digital (DKD).
"Baru kali ini dapat ditayangkan ketika cuti sekolah sebab sebelum ini, tayangan pada hari biasa. Sekarang ini juga kami rasa sudah dapat gelombang kedua dari segi sambutan peminat.
"Kami macam terkejut bila tayangan sebelah pagi semua penuh. Kali ini juga akan masuk ke pawagam di Sarawak dan Sabah sebab sebelum ini, agak sunyi di sana," katanya ketika ditemui semasa sesi tayangan eksklusif filem Babah di TGV One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini, lapor BH Online.
Atas sambutan menggalakkan terhadap filem Babah, Cik Nadia memberitahu, pihaknya akan membawa naskhah berkenaan menembusi pasaran negara seberang seperti Singapura dan Indonesia.
"Babah masuk ke Singapura pada 26 Disember lalu. Kami juga merancang membawanya ke Indonesia," katanya, lapor BH Online.
Ditanya faktor penyumbang kepada kejayaan Babah biarpun berdepan persaingan daripada beberapa filem Malaysia lain, Cik Nadia berkata, ia mungkin disebabkan pembikinannya datang daripada hati ikhlas oleh semua pihak.
"Kami yang terbabit untuk filem Babah ini memberikan sepenuh jiwa dan setiap apa dilakukan datang daripada hati. Kalau tidak datang daripada hati memang tak boleh buat sebab filem ini sangat mudah.
"Mungkin itu juga membuatkan cerita ini sampai ke hati penonton. Malah, kami juga tak sangka Babah tular di media sosial kerana ia jadi secara organik.
"Saya rasa antara faktor kejayaan filem ini adalah dihasilkan daripada hati dan sampai ke hati yang menonton. Disebabkan itu juga Tuhan tolong.
"Tiada apa yang saya boleh katakan atas apa yang terjadi terutama mengenai sambutan filem ini. Kami hanya buat kerja dengan hati yang tulus," katanya, menurut BH Online.
Filem Babah mengambil dua kisah tular mengenai hubungan antara bapa dan anak. Produksi kemudian menggabungkannya untuk dijadikan jalan cerita menarik dan dekat dengan kehidupan masyarakat.
Babah mengisahkan pengorbanan ayah bernama Isyak untuk anak perempuannya, Maya.
Isyak adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup Maya, malah dia dianggap hero yang sentiasa melindungi dan menjaga Maya. Apabila dewasa, Maya diuji musibah teruk, Isyak menjadi tempat bergantung harap.
Filem Babah menampilkan lakonan hebat, Qi Razali, Cristina Suzanne, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kisaisha.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.