Filem animasi Ejen Ali 2 bakal tembusi pasaran Asia Tenggara termasuk SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Ejen Ali/YouTube)
KUALA LUMPUR: Filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) akan memasuki tayangan di beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Indonesia dan Kemboja secara berperingkat.
Filem sekuel animasi popular terbitan Wau Animation dengan kerjasama Primeworks Studios (PWS) itu buat masa ini sudah menemui penonton di pawagam Malaysia dan Brunei Darussalam sejak 22 Mei lalu, lapor Harian Metro.
Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation yang juga Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin berkata selepas tayangan di Malaysia dan Brunei, filem ini akan dibawa ke Singapura, Indonesia dan Kemboja.
"Sebelum ini, EATM2 ditayangkan serentak di Malaysia dan Brunei. Tapi, untuk masa terdekat ini kita akan umumkan tayangannya di Singapura pula.
"Semua info terkini berkaitan tayangan nanti kena tengok di media sosial kita (Wau Animation) sebab di situ juga ada diberikan 'teaser' untuk tayangan di Singapura itu.
"Apa yang boleh saya katakan, kita juga akan umumkan bila tayangan EATM2 di Indonesia dan perancangan untuk tayangan di Kemboja," katanya ditemui pada sesi temubual eksklusif bersama Nidji di Balai Berita, Bangsar, pada Isnin (2 Mei), seperti dilaporkan Harian Metro.
Menurut Encik Usamah, beliau percaya Media Prima Berhad (MPB) akan terus bersama-sama EATM2 dalam mengatur gerakan kerja promosi dan rundingan untuk tayangan ke luar negara.
"Saya tahu cara MPB menguruskan aktiviti di bahagian pengedaran filem ini (EATM2) yang memang banyak tempat mereka rancang hendak pergi dan berunding.
"Tapi, di pihak kami (WAU Animation) juga tidak boleh jangkakan semua tempat itu akan dapat sambutan akan sama. Sebab industri di sana (luar negara) juga melihat maklum balas di Malaysia," katanya.
Terdahulu, filem EATM2 sudah meraih kutipan 'box office: sebanyak RM21.9 juta (IS$6.65 juta) selepas lapan hari tayangan di pawagam di Malaysia, lapor Harian Metro.

Sumber : Bernama/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.