Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem animasi BoBoiBoy berjaya tembusi pasaran 70 negara

Francais animasi adiwira Malaysia BoBoiBoy bakal menggegarkan pawagam di seluruh Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung pada hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Filem animasi BoBoiBoy berjaya tembusi pasaran 70 negara

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Aug 2020 11:32PM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 11:37PM

KUALA LUMPUR: Francais animasi adiwira Malaysia BoBoiBoy bakal menggegarkan pawagam di seluruh Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung pada hujung tahun ini.

Dalam satu kenyataan oleh Monsta, studio di belakang tabir BoBoiBoy, ia bekerjasama dengan pengedar tempatan CJ Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawa BoBoiBoy The Movie pada September, disusuli oleh sekuelnya BoBoiBoy Movie 2.

"Namun Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio tersebut turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca televisyen di Turki.

"Kesemua filem dan siri animasi tersebut turut dialih bahasa ke dalam Bahasa Turki, supaya penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi," menurut kenyataan itu.

Menurut Monsta, francais animasi BoBoiBoy yang semakin popular itu berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 negara seperti di Asia Tenggara, India dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara), dan Turki menjadi medan baru bagi francais tersebut untuk menebarkan sayap ke negara-negara berhampiran.

Monsta komited dalam menerajui usaha mengeksport animasi Malaysia berkualiti tinggi serta berharap dengan kehadiran BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baru dapat menikmati siri animasi yang sarat dengan aksi, komedi dan hiburan untuk seisi keluarga.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan