Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem Aloysius Pang bakal ditayangkan 3 tahun selepas pemergiannya

Mendiang sedang menjalani penggambaran di Thailand sebelum maut dalam latihan menembak peluru hidup di New Zealand pada Januari 2019.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Filem Aloysius Pang bakal ditayangkan 3 tahun selepas pemergiannya

Gambar fail Aloysius Pang (Gambar: Facebook/Aloysius 冯伟衷)

SINGAPURA: Filem lakonan mendiang Aloysius Pang akan ditayangkan di layar perak tiga tahun selepas pemergiannya.

Mendiang sedang menjalani penggambaran di Thailand sebelum maut dalam latihan menembak peluru hidup di New Zealand pada Januari 2019.

Mendiang berusia 28 tahun ketika itu.

Penerbitan filem itu ditangguhkan sejurus selepas itu.

Penggambarannya disambung semula baru-baru ini, dedah mentor Pang, Dasmond Koh ke Lianhe Zaobao.

Koh adalah pengasas NoonTalk Media - dengan mendiang di bawah naungan syarikat tersebut ketika itu - dan Koh berharap dapat "merealisasikan impian Aloysius" dengan menyelesaikan filem tersebut.

"Sebelum Aloysius meninggal dunia, dia pergi ke Thailand untuk menjalani penggambaran beberapa babak filem itu. Selepas latihan askar kerahan di New Zealand, rancangannya adalah untuk membawanya pulang ke Singapura untuk berlakon dalam siri drama dan kemudian pergi semula ke Thailand untuk menamatkan penggambaran filem itu," kongsi Koh.

Filem yang tajuknya belum diputuskan itu diterajui oleh seorang pengarah warga Thailand dan disokong NoonTalk. Para pelakon NoonTalk Xu Bin dan Damien Teo kini sedang menjalani penggambaran di Thailand. Tidak jelas bagaimana peranan Pang dalam filem itu akan ditangani.

Filem itu juga dibintangi oleh penyanyi K-pop Bae Jin-young. Bae adalah anggota kumpulan Korea Selatan CIX. Kemunculan Bae dalam filem itu adalah penampilan sulungnya di layar perak.

Filem itu dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan