Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem aksi Malaysia Blood Brothers kutip RM62 juta, saingi Sheriff

Anggaran Waktu Membaca:
Filem aksi Malaysia Blood Brothers kutip RM62 juta, saingi Sheriff

(Gambar: Primeworks Studios)

Diterbitkan : 03 May 2025 01:44PM Dikemas Kini : 03 May 2025 01:47PM
KUALA LUMPUR: Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut.

Bukan itu sahaja, dalam masa 20 hari tayangan dan tayangan awal, filem terbaharu arahan Syafiq Yusoff bersama Abhilash Chandra itu sudah berjaya mengutip RM62 juta (S$19 juta) dan secara tidak langsung hampir meyaingi kutipan Sheriff: Narko Integriti yang juga diarahkan Syafiq, lapor Sinar Harian.

Bagi meraikan kejayaan luar biasa ini, satu acara telah diadakan di Bukit Bintang dan turut diserikan lagi dengan kehadiran penerbit, pengarah dan barisan pelakon filem tersebut seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis dan Razib Salimin.

Sambutan di tengah-tengah kota ini bukan hanya sekadar promosi, tetapi merupakan satu pernyataan yang jelas; Blood Brothers: Bara Naga akan terus melangkah ke hadapan, terus menarik perhatian, dan semakin mencabar norma dengan caranya yang tersendiri.

“Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua penonton, yang sentiasa memberikan perhatian dan semangat terhadap industri perfileman tanah air.

"Saya juga amat bersyukur dengan pencapaian ini, serta pembaharuan yang terus dihasilkan untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air kita. Sokongan padu daripada penonton adalah sumber inspirasi yang besar untuk kami terus berkarya dan saya berharap karya-karya ini akan terus menghiburkan serta memberi kesan yang mendalam kepada semua.

"Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terus setia menyokong industri perfileman tanah air. Semoga karya-karya anak tempatan terus sukses dan mampu menembusi pasaran global," ujar Yusof, seperti dipetik Sinar Harian.

Kejayaan Blood Brothers: Bara Naga membuktikan bahawa filem aksi tempatan mampu mencipta gelombang besar dalam industri, sekali gus membuka jalan untuk lebih banyak karya berani dan berkualiti dihasilkan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan