Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem Abang Long Fadil 3 terima sokongan hangat, boleh tonton di pawagam S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi yang paling ditunggu-tunggu, Abang Long Fadil 3 mulakan tayangan pada Khamis (8 Sep).

Namun, bagi peminat dan penonton bertuah, mereka terlebih dahulu berpeluang menyaksikan naskhah arahan Syafiq Yusof itu sebelum tarikh rasmi tayangan, lapor Astro Gempak.

Berikut merupakan respons-respons yang diberikan:
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 yang mula ditayangkan pada 8 September ini turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Menurut Astro Gempak, filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah ini, anda boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Anda sudah boleh menyaksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan