Festival muzik Mediacorp Cloud 9 kembali dengan 'It's Giving Fest'; tampilkan Benjamin Kheng, Alyph & Shazza
Festival muzik Mediacorp Cloud 9 akan menampilkan persembahan oleh 10 artis tempatan termasuk Benjamin Kheng. (Gambar: Instagram/Benjamin Kheng)
Konsert Cloud 9 Mediacorp kembali sebagai sebahagian daripada 'It's Giving Fest', sebuah festival percuma selama dua hari yang dianjurkan dengan kerjasama Gov.sg bermula dari pukul 11.00 pagi di *SCAPE bagi meraikan ulang tahun ke-60 Singapura.
Konsert tersebut akan berlangsung pada 12 dan 13 Julai dari pukul 7.00 petang hingga 9.30 malam dan akan menampilkan persembahan daripada lebih 10 artis tempatan, termasuk Benjamin Kheng, Alyph, Fariz Jabba, Shazza, Shye dan Culture SG.
Kemasukan adalah percuma, dan diberikan kepada 1,000 pengunjung pertama setiap malam berdasarkan yang dahulu didahulukan.
Edisi pertama Cloud 9, yang diadakan pada 15 Februari lalu, dianjurkan sebagai festival muzik dan menarik lebih 4,000 peminat.
Selain persembahan langsung, 'It's Giving Fest' juga akan mempamerkan karya kreatif asli, termasuk lapan filem pendek dan lima lagu yang dihasilkan oleh pelajar dari Institut Pengajian Tinggi (IHL).
Karya-karya ini akan mencerminkan aspirasi dan harapan mereka untuk Singapura.
Acara menarik lain termasuk gabungan peserta 'It's Giving Fest' dengan artis tempatan seperti Desmond Tan, Annette Lee, Zhang Ze Tong, Das dan lain-lain dalam 'Back to School: Class Clash Showdown'.
Segmen itu menampilkan lima permainan menarik, dengan hadiah eksklusif untuk dimenangi.
Pendaftaran awal diperlukan untuk aktiviti tersebut, bersama dengan sumbangan S$5 kepada SGSHARE.
Selain itu, pengunjung juga boleh menantikan pelbagai kegiatan termasuk lelongan amal selebriti, persembahan bakat oleh belia, pasar lambak dan trak makanan.
'It's Giving Fest' dianjurkan oleh Gov.sg dengan kerjasama SG Youth Plan dan Mediacorp Cloud 9.
Bagi maklumat lanjut, layari laman web rasmi acara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.