FDAM gesa pihak berkuasa bertindak segera susuli kes cetak rompak filem tempatan
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Polis Diraja Malaysia untuk bertindak segera menangani kes cetak rompak digital.
(Gambar: cahayaasmawi/Instagram)
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Polis Diraja Malaysia untuk bertindak segera menangani kes cetak rompak digital.
Dalam kenyataan FDAM hari ini (5 Feb), presidennya, Dr Ahmad Ibrahim, berkata pihaknya memandang serius isu cetak rompak yang terus berlaku melibatkan filem tempatan ekoran kes terbaru membabitkan filem ‘Hantu Kuat Ketawa’ arahan Mawi.
"FDAM ada berhubung dengan Mawi yang juga merupakan ahli FDAM, memaklumkan filemnya dicetak rompak. Justeru, FDAM bersedia membantu Mawi mencari jalan penyelesaian terbaik agar kegiatan cetak rompak ini tidak berlaku lagi.
“Kejadian terbaru ini memberi gambaran industri filem Malaysia masih tidak selamat daripada menjadi mangsa cetak rompak. FDAM mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang sengaja melakukan perbuatan cetak rompak membabitkan filem tempatan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Ahmad menyifatkan pelaku aktiviti cetak rompak sebagai lanun dalam industri perfileman negara dan perlu diberi hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada orang lain untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan jenayah siber berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.