Fazura teruja akhirnya capai hasrat berniaga
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Pelakon cantik, Nur Fazura mendedahkan dirinya mempunyai impian untuk bergelar sebagai seorang peniaga selain pramugari ketika masih kecil.
Kini, impiannya untuk menjadi peniaga tercapai ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini, lapor ohmymedia.
Menerusi video yang dimuat naik ke saluran Youtube miliknya iaitu myfazura, dilihat Fazura dapat merasai pengalaman menjual sayur-sayuran di salah sebuah kedai di pasar tersebut.
"Saya teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini," kata isteri kepada pelakon Fattah Amin.
Apa yang lebih membuatkan pelakon berusia 39 tahun itu teruja adalah dia berjaya melayani seorang pelanggan yang datang hendak membeli sayur di situ, lapor ohmymedia.
“Alhamdulillah, apabila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,”ujarnya lagi dalam video Fazura Ke Pantai Timur.
Difahamkan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkongsi video perjalanannya ke rumah jurusolek peribadinya bagi merasakan sendiri pengalaman menyambut perayaan Aidiladha di Kelantan.
Pada masa yang sama, pelakon itu turut berkongsikan beberapa aktiviti menarik yang dilakukannya semasa berada di negeri tersebut seperti mengunjungi Masjid Ar-Rahman, Pulau Nami, persembahan wayang kulit dan berpeluang menjadi tukang karut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.