Fazura, Fattah Amin sambut kelahiran puteri
Pelakon Malaysia, Fazura selamat melahirkan anak perempuannya pada Jumaat (2 Okt).
KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia, Fazura selamat melahirkan anak perempuannya pada Jumaat (2 Okt).
Khabar itu dimaklumkan menerusi satu catatan di akaun Instagram peribadinya sekitar 3.00 petang hari ini, yang dilampirkan dengan gambar tangan seorang bayi.
"Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020," tulis Fazura, yang merupakan isteri pelakon Malaysia, Fattah Amin.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” tambahnya.
Fazura turut memaklumkan keputusan mereka agar untuk tidak mendedahkan nama atau wajah anak sulung mereka itu sehingga selepas tujuh hari sebagai mengikut ajaran sunnah.
"Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah."
Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 37, turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan beliau sekeluarga.
"Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.