Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fazura bangunkan aplikasi gaya hidup Muslim; ingin sebarkan manfaat kepada seluruh umat Islam

Anggaran Waktu Membaca:
Fazura bangunkan aplikasi gaya hidup Muslim; ingin sebarkan manfaat kepada seluruh umat Islam

Gambar: Instagram/@missfazura

Diterbitkan : 06 Apr 2022 12:26PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura menjelaskan pelancaran aplikasi gaya hidup muslim - Mukmin Pro - bakal memberi manfaat kepada semua pengguna khususnya seluruh umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Fazura berkata pembangunan aplikasi berkenaan dibuat secara teliti memandangkan kandungan dan ciri-ciri yang ada dapat menjadi pelengkap kepada aktiviti harian para pengguna, lapor Astro AWANI.

“Saya memang suka aplikasi gaya hidup seperti ini. Macam Mizz Nina, dia ada aplikasi Qalby dan saya sendiri pernah tolong promosikan.

"Kemudian terdetik dalam hati, alangkah bagus kalau saya sendiri ada aplikasi yang boleh beri manfaat kepada semua orang.

“Jadi apabila pembangun aplikasi, Huzaifa, datang bertemu saya dan menyatakan hasrat ingin berkolaborasi, saya menjadi teruja. Saya anggap ini adalah hadiah daripada Allah untuk saya," ungkap Fazura seperti ditukil Astro AWANI.

“Sama seperti mana saya memuji aplikasi Mizz Nina, saya ingin aplikasi ini sama-sama memberi manfaat kepada semua orang,” ujar Fazura kepada GEMPAK ketika ditemui semasa majlis pelancaran Mukmin Pro di ibu kota baru-baru ini.

JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK

Menyentuh mengenai keistimewaan aplikasi berkenaan, Fazura berkongsi antara ciri menarik yang perlu dicuba oleh pengguna adalah ciri penentu arah kiblat.

“Kita sering keliru apabila ingin mencari arah kiblat, khususnya apabila ingin solat di luar.

"Sesetengah aplikasi tidak berapa tepat dalam menunjukkan arah kiblat. Namun, menerusi Mukmin Pro, arah kiblat memang dijamin tepat.

“Selain itu, ciri-ciri seperti fungsi getaran turut dimuatkan bagi memudahkan orang kurang upaya untuk menggunakan aplikasi ini,” katanya lagi.

Aplikasi yang menjanjikan keselamatan data itu turut didatangkan dengan kandungan video yang ditapis serta juga kemudahan-kemudahan lain seperti ibadah korban dan infaq makanan.

Aplikasi Mukmin Pro boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan