Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fazley Yaakob buat lagu khas bagi bekas kekasih

Cef dan selebriti popular Malaysia Fazley Yaakob memberanikan diri untuk mencipta sebuah lagu khas menceritakan kisah cintanya dahulu dengan seorang gadis berbangsa Cina.

Anggaran Waktu Membaca:
Fazley Yaakob buat lagu khas bagi bekas kekasih

Cef dan selebriti popular Malaysia, Fazley Yaakob. (Gambar: Fazley Yaakob/Facebook)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 01:19PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 01:25PM

KUALA LUMPUR: Cef dan selebriti popular Malaysia Fazley Yaakob memberanikan diri untuk mencipta sebuah lagu khas menceritakan kisah cintanya dahulu dengan seorang gadis berbangsa Cina.

Lagu itu dicipta oleh Fazley sendiri bersama komposer terkenal Ajai dan menyelitkan lirik berbahasa Mandarin.

Astro Awani menukil beliau sebagai berkata: "Sebelum mengenali isteri saya dan berumahtangga, saya pernah bercinta dengan gadis berbangsa Cina.

"Namun, oleh kerana perbezaan agama dan budaya, hubungan kami hanya bertahan selama setahun sahaja.

"Tetapi, sehingga kini kami masih berkawan seperti biasa."

Beliau berkata demikian semasa majlis Fun Taipei Pop Up Event di IOI Putrajaya baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani, lagu berjudul Wo Ai Ni (You Are My Love) itu sudah dirakamkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai reaksi isteri beliau apabila mengetahui kisah cintanya itu, Fazley berkata: "Sebelum berkahwin, saya sudah berterus terang tentang segalanya termasuk kisah cinta ini.

"Apabila saya menyatakan hasrat untuk merakamkan lagu ini pun, isteri izinkan. Dia tiada masalah.

"Lagipun, masing-masing sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, muzik video lagu Wo Ai Ni sudah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Taipei, Taiwan.

Fazley yang turut dilantik sebagai duta Halal Taipei buat tahun kedua turut mengesyorkan lokasi menarik dan tempat makan halal di bandar itu. Antaranya adalah Fried Chicken Master, Kuo Yuan Ye Pastry, Ice Monster, Jingimoo Dessert dan Formosan Coffee.

Kesemua cawangan itu turut diterbangkan khas ke IOI Putrajaya bagi memberikan peluang orang ramai merasainya sendiri, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan