Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fattah Amin nafi dakwaan curang dengan Fazura susuli penceraian

Anggaran Waktu Membaca:
Fattah Amin nafi dakwaan curang dengan Fazura susuli penceraian

(Gambar: fattahaminz/Instagram)

KUALA LUMPUR: Selepas bercerai secara rasmi pada Isnin (7 Okt), pelakon Malaysia Fazura Sharifuddin, 41 tahun mendakwa bahawa penceraian itu adalah atas sebab tiga faktor: Fattah Amin tidak memberikah nafkah yang cukup buat Fazura dan anaknya, perasaan tidak bahagia buat sekian lama, serta Fattah yang bersikap curang dengannya.

"Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah. Saya terseksa buat beberapa tahun... Saya selalu menutup mulut jadi tidak menyiarkan kisah keluarga saya," kata Fazura sebelum mengisahkan sebab penceraian.

Beliau menambah bahawa dia mempunyai bukti perselingkuhan Fattah.

Fattah, 34 tahun, kemudian menafikan dakwaan Fazura.

"Malah peguamnya sebelum ini mengatakan bahawa tidak ada sebarang kecurangan. Jadi kenapa tiba-tiba 'kes curang'?" katanya kepada wartawan.

Dia berkata bahawa dia sememangnya sudah memberikan nafkah kepada Fazura dan anak perempuan mereka, sambil menambah bahawa terdapat kenyataan bank untuk membuktikan tuntutannya.

"Mungkin itu tidak mencukupi baginya.

Menurut Fattah, kenyataan Fazura dibuat untuk mencemarkan nama baiknya dan bertentangan dengan persetujuan mereka sebelum ini untuk tidak menyiarkan kisah keluarga kepada orang ramai.

"Itu adalah perjanjian yang kami tandatangani sebelum perceraian kami, dan saya terkejut dan sedih kerana dia membuat kenyataan itu."

Menurut peguam Fattah, Zulkifli Che Yong, jika Fazura ditemui melanggar perjanjian, dia boleh diberikan notis penjara.

Fazura dan Fattah berkahwin pada November 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan