Fattah Amin ceraikan Fazura talak satu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
PETALING JAYA: Selepas melayar bahtera perkahwinan selama tujuh tahun, pelakon filem Pendekar Awang, Fattah Amin dan isterinya Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin (7 Okt) .
Fattah, yang nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34 tahun, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41 tahun, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu atas alasan bahawa mereka tidak ada persefahaman.
Pelakon filem Gol & Gincu itu dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima yang kini berusia empat tahun.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.