Fatin Amira 'berehat' dua minggu daripada Manja

Fatin Amira. (Gambar: Fatin Amira/Instagram)
Ini menurut Mediacorp hari ini.
BERITA Mediacorp telah cuba untuk menghubunginya.
Fatin Amira merupakan antara empat hos yang digandingkan bagi musim terbaharu 'Manja'.
Dia mula menjadi pengacara rancangan itu dari musim kelapannya iaitu sejak 8 Mei 2023.
Fatin Amira adalah antara muka baharu yang diperkenalkan dalam 'Manja' selain lagi tiga pengacara iaitu Natasha Faisal, Iskandar Shah dan Zhin Sadali.
VIDEO SOFIAN ROSLAN BERSAMA FATIN AMIRA TULAR
Pada Sabtu (20 Jan), sebuah video mula tular di media sosial membabitkannya.
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pelakon Singapura Nurul Aini, Sofian Roslan bersama seorang wanita.
Ia menunjukkan mereka keluar dari kereta yang sama dan kemudian dilihat memasuki lobi lif hotel Capri By Fraser China Square.
Video tersebut diakhiri dengan mereka kembali secara berasingan ke kereta yang sama.
Kedua-dua Nurul Aini dan Fatin Amira merupakan pelakon dan pengacara sambilan Mediacorp.
Beberapa jam setelah video itu tular, Nurul Aini, 41 tahun mengeluarkan kenyataan di media sosialnya.
"Ini adalah tempoh yang amat sukar untuk saya dan keluarga saya. Kami mohon pemahaman dan privasi sedang kami menempuh cabaran-cabaran ini. Sokongan dan doa anda amat dihargai. Terima Kasih," menurut pelakon itu.
Sejak video itu tular, Nurul Aini juga tidak muncul dalam acara MJ12 Gerun Malam yang berlangsung di Auditorium Stephen Riady pada Sabtu (20 Jan).

Beliau merupakan antara personaliti yang dijangkakan muncul dalam acara itu seperti yang tertera dalam poster RIA 897.
Suaminya, Sofian Roslan yang merupakan ejen hartanah ERA memuat naik kiriman di Instagram, "Kini saya tidak boleh teruskan tanpa kamu, dan saya tidak begitu kuat tanpa kamu. Kepada isteri cantik saya Nurul Aini, 24 tahun bersama. 16 tahun perkahwinan. 3 anak. Allah kurniakan saya dengan begitu banyak dan anda selalu ingatkan saya untuk hargai apa yang kita ada."
Fatin Amira pula belum membuat sebarang komen dan akaun media sosial beliau tidak lagi boleh diakses umum.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.