Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fast & Furious 10 temui peminat April 2023

Francais Fast akan menutup tirainya dengan dua filem; edisi FF10 dijadual ditayangkan di pawagam 7 Apr 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
Fast & Furious 10 temui peminat April 2023

Vin Diesel semasa tayangan perdana FF9 pada 18 Jun 2021 di Hollywood, California. (Gambar: Frazer Harrison/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2021 09:37PM Dikemas Kini : 18 Aug 2021 09:43PM

SINGAPURA: Tidak lama selepas F9 ditayangkan, Universal Pictures mengumumkan pula tarikh tayangan filem seterusnya, iaitu Fast & Furious 10.

Diarah Justin Lin, filem kedua terakhir saga berbilion dolar itu dijadual ditayangkan 7 April 2023. Filem tersebut adalah yang pertama dalam finale dua bahagian, yang bakal berakhir dengan Fast 11.

Pelakon utama dan penerbit Vin Diesel sebelum ini memberitahu Entertainment Weekly bahawa penggambaran akan bermula pada Januari 2022, dengan kemungkinan kedua-dua filem itu menjalani penggambaran secara berturut-turut.

Edisi ke-10 saga Fast itu dijangka menampilkan pelakon-pelakon utama yang muncul sebelum ini, termasuk Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris Bridges dan Sung Kang.

Bulan lalu Dwayne Johnson mengesahkan tidak akan kembali kepada siri itu, setelah perselisihan antara dirinya dengan Diesel yang mendapat perhatian ramai.

"Saya harapkan yang terbaik buat mereka bagi Fast 9," Johnson memberitahu The Hollywood Reporter. "Dan saya ucapkan yang terbaik juga buat mereka bagi Fast 10 dan Fast 11 dan semua filem Fast & Furious yang akan mereka terbitkan tanpa (pelibatan) saya."

Meskipun F11 menandakan tamatnya francais utama, peminat masih boleh menjangkakan filem-filem lain berkaitan dengan dunia Fast. Seperti Hobbs & Shaw, filem berkaitan lain juga sedang dalam perancangan. 

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa