Fasha Sandha alami keguguran
Pelakon jelita seberang tambak, Fasha Sandha berkongsi berita duka di akaun Instagramnya hari ini (10 Jun).

Fasha Sandha bersama suaminya. (Gambar: fashasandha/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita seberang tambak, Fasha Sandha berkongsi berita duka di akaun Instagramnya hari ini (10 Jun). Beliau mengesahkan kandungannya yang berusia hampir dua bulan mengalami keguguran.
Fasha berkongsi perasaan terkilannya kerana tidak menjaga kandungannya dengan baik kerana terlalu sibuk bekerja.
“Saya tidak dengar nasihat doktor yang menyuruh berehat dan jangan terlalu lasak.
“Saya naik turun keretapi, jalan laju-laju, buat kerja sampai terlupa ada bayi kecil dalam perut ini. Saya tahu, saya bukanlah ibu yang terbaik,” kongsi Fasha lagi.
“Kepada para peminat saya, terima kasih atas setiap doa yang anda kirimkan sepanjang kehamilan saya ini namun dengan berat hati saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah mengalami keguguran.
“Saya mohon maaf buat suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma atas berita sedih ini,” menurutnya lagi di Instagram miliknya.
Fasha dan suaminya yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz, bernikah di Perlis pada 30 Mac lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.