Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fasha Sandha, Aidil Aziz sah bergelar suami isteri

Dengan sekali lafaz, Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini sah bergelar suami isteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Fasha Sandha, Aidil Aziz sah bergelar suami isteri

(Gambar: Instagram/TV3)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 11:36PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 11:40PM

MALAYSIA: Dengan sekali lafaz, Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini sah bergelar suami isteri.

Menurut laporan Utusan Online, pasangan artis itu diijab kabul dalam satu majlis yang dihadiri kaum keluarga terdekat dan dikongsi secara langsung menerusi Instagram TV3 Malaysia.

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri," tulis saluran itu dalam akaun Twitter rasminya.

“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha”.

Kedua-dua mempelai itu dinikahkan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, pada jam 8.30 pagi tadi, menurut Malaysiakini.

Aidil atau nama penuhnya Mohd Aidil Abdul Aziz, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 (S$99.6) kepada Fasha.

Namun wang hantarannya dirahsiakan, tambah laporan itu lagi.

Menurut Utusan, Fasha dan Aidil bakal mengadakan sebuah majlis jamuan di Negeri Sembilan pada bulan depan di kediaman keluarga Aidil - yang mendirikan rumahtangga buat pertama kali.

Bagi Fasha pula, ini merupakan kali kedua beliau mendirikan mahligai, setelah pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha mempunyai dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4, hasil perkahwinannya yang pertama, menurut Utusan.

Fasha dan Aidil memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu mereka.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan